"'Kembar Diambil Orang Bunian"
Saya tak tahulah perkara ini orang pernah dengar atau tidak atau pernah mengalaminya. Tetapi saya nak kongsi cerita pengalaman hidup saya.
Back to year 1995, mak saya disahkan mengandung bayi kembar lelaki yang mana saya salah seorang dari kembar itu. Mak cerita, perut dia memang besar pada ketika itu. Iyalah, dua orang kan dalam perut. Mak, ayah dan kakak-kakak saya semua gembira sebab ada sepasang kembar yang bakal hadir dalam keluarga kami. Tetapi semua angan-angan itu hilang pada malam sebelum saya dilahirkan.
Perut mak saya terasa ringan semasa bangun untuk solat Subuh. Tak berat seperti hari-hari sebelumnya. Pada masa itu mak ada di hospital, ayah pula di rumah sebab mak memang tinggal tunggu masa saja nak melahirkan kami.
Mak telefon ayah guna telefon awam sambil menangis-nangis sebab sudah berapa malam mak sering bermimpi tentang seorang perempuan tua yang akan datang mengambil kami. Ayahhanya dengar saja, tak tahu nak cakap apa. Kami dilahirkan secara czer. Dalam dewan pembedahan, doktor dikhabarkan akan menyambut bayi kembar, tetapi hanya saya seorang sahaja yang ada. Seorang lagi tiada.
Yup! Walaupun sudah discan sebelum ini dan memang sah mak mengandung anak kembar, tetapi hanya saya saja yang ada. Nak buat macam mana? Doktor juga kebinggungan, mak tergamam, sedih. Iyalah, barang-barang semua telah dibeli dua, botol susu, baju, bantal bagai.
Doktor cadang mak pergi berubat kampung. Dan bila ditanya, kembar saya telah pun diambil oleh sepasang orang bunian beragama Islam yang tidak mempunyai cahaya mata. Mereka dikatakan duduk di Gunung Banang. Asalnya dia mahu kami berdua tetapi atas budi bicaranya, hanya salah seorang saja yang diambil.
Kehidupan saya semasa dalam buaian (sebelum usia 1 tahun) amatlah mistik. 'Mereka' selalu melawat saya semasa saya dalam buaian. Bila bau wangi saja di masa jam 12 tengah hari, bermaksud 'mereka' sudah datang. Cepat-cepat mak bergegas dari dapur semata-mata mahu memastikan saya okay atau tidak. Setiap hari, setiap malam begitulah rutinnya.
Selepas beberapa tahun pula, mak dan ayah terjumpa seekor ular mura kecil berwarna hitam di depan rumah. Dan masa itu saya berusia 15 tahun pula, saya sendiri terjumpa dengan ular ini yang saiznya lebih kurang besar batang mop. Bila dicari semula, hilang entah kemana. Bila berubat, barulah saya tahu ular itu adalah adik saya sendiri. Bentuk jelmaan dia bila ada di dunia manusia.
Bila umur dia dah 18 tahun, dia akan meninggalkan rumah dia hidup merantau sebatang kara dan most probably akan mengikut saya sebab hubungan kami kuat, kami adik beradik kembar. Tetapi sayang sampai sekarang saya tak jumpa pun dia lagi mahupun dalam mimpi. Sedih.
Bila saya di CFS dulu, dia tidur di masjid, apa saya makan itulah yang dia makan, bila saya pergi kelas, dia pun pergi kelas, dia pergi belajar automotif, saya pula belajar enjin. Hari raya tahun lalu dia balik kampung dari alam dia. Dia menumpang bot orang nelayan dari laut itu semata-mata mahu beraya dengan kami di dalam rumah. tetapi saya sedih sebab tak dapat salam dia, nak ucapkan selamat hari raya pada dia, tetapi saya tahu dia 'hadir' pada ketika itu.
Alam dia sama saja seperti alam kita. Ada Mercedes Benz, KLCC, ada baik ada yang jahat. Yang lainnya pakaian mereka hanya ada satu warna sahaja. Ramai yang kata hubungan saya dengan alam ghaib itu dekat sebab saya ada 'cable' di sana. Tetapi belum masanya lagi agaknya untuk belajar semua itu. Ilmu fardhu ain pun saya belum khatam lagi.
Terima kakak bercakap dengan saya, " Bukan selepas umur 18 tahun kau akan dapat interact dengan adik kau ke? Kenapa sampai sekarang tak dapat? "
Entahlah, mungkin saya ini banyak dosa kot. Entahlah.
PART 2
Masa saya dalam usia sebulan lagi, mak ada berjumpa dengan orang alim dan bertanya tentang hal ini. Orang itu menjangkakan saya akan bersatu (berjumpa atau berkomunikasi) dengan kembar apabila saya berusia 18 tahun.
Ingat tak cerita saya terjumpa ular mura ketika saya berusia 15 tahun? Saya hampir-hampir nak menelefon Bomba sebab saya seorang saja yang ada di rumah pada waktu itu. Selang beberapa hari itu, saya berjumlah dengan orang yang alim dan tanya tentang perkara ghaib ini. Belum sempat buka mulut, dia tahu saya ada kembar di alam bunian.
Sejak dari itu, dia dah jadi seperti doktor panel untuk saya. Maksudnya, bila saya mahu tahu perkembangan semasa mengenai kembar saya (sebab dia ada saja di sekitar saya), orang yang hijabnya sudah terbuka ini boleh melihatnyaa. Dari situlah saya tahu dia belajar tentang apa (dia belajar automotif), dia tinggal di mana (mostly tinggal dengan orang yang nampak kembar saya ini atau ikut saya), rupa dia bagaimana (saya pakai spec, dia tidak).
Banyak orang yang expert tentang hal ini dan berkata saya memang akan berjumpa dengan kembar saya, cuma masa yang menentukan.
Saya ada dengar yang hampir sama seperti ini. Tetapi kembar dia bukan menjelma sebagai ular tetapi buaya. Macam-macam benda-benda alam unian yang kita tak tahu. Contohnya kunyit hidup lebih bernilai dari emas di sana.
PART 3
Pengalaman mak saya. Saya tak tahu tetapi ada juga yang saya tahu. Itu pun sebab dia tanya soalan macam,
"Kau baru balik dari sekolah?"
Saya cakap ye, buka pintu rumah saja terus ke dapur dan saya pun tanya kenapa mak tanya?
"Tadi mak dengar pintu rumah terbuka dan dengar suara adik bagi salam," katanya.
Selain itu, mak pernah bermimpi yang saya ketuk pintu biliknya pada jam 3 pagi. Bila pintu dibuka, mak tengok saya tengah senyum.
"Kenapa adik ketuk pintu bilik mak malam-malam buta?" soal mak pada keesokan harinya.
Padahal jam 3 pagi itu saya sedang tidur. Itu sajalah yang saya tahu. Pengalaman yang lain mungki dia tak ceritakan. Mengenai takut itu, mungkin orang yang dengar atau tidak mengalaminya akan rasa takut.
Tetapi cuba bayangkan awak semua jadi mak saya. Bayangkan 9 bulan kandungkan anak, kemudian seorang hilang semasa nak bersalin. Tahu-tahu saja ada orang ambil dan ada di alam yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Adakah awak rasa takut dengan anak yang awak sendiri kandung? Anak yang cacat macam mana pun, mesti mak dia gigih nak jaga. Ini lagikan anak yang tahu kita kandung tapi tak pernah sentuh, apatah lagi nak dilihat. Saya tak tahu apa perasaan mak saya, inilah ujian dia yang Allah berikan padanya.
Ada soalan yang tanya apa perasaan saya jika suatu hari nanti saya jumpa kembar saya. Pertama saya akan rasa sedih bukan sebab saya tetapi saya selalu bayangkan yang saya berada di tempat dia. Dia tidak meminta ini semua terjadi. Ada parents tapi tak dapat nak salam cium tangan, tinggal di tempat yang bukan sepatutnya dia tinggal. Apa perasaan awak bila dapat tengok keluarga awak tetapi tak dapat nak sertai mereka? Kalau saya, sudah tentu saya sedih sebab saya tidak mampu nak melaluinya.
Mengenai cfs ada automotif ke tidak, dia tak belajar di cfs pun. Mungkin ada tetapi saya tahu dia belajar tentang kereta dan ikut-ikut oirang yang kerja di bengkel. Mana-mana bengkellah yang berdekatan dengan cfs. Saya pergi kelas, dia pun pergi menuntut ilmu juga, saya balik kampung dia pun ikut balik.
Bunian ini tak silap saya, dalam alam jin juga. Boleh menyerupai kepada ciptaan Allah yang lain. Mereka juga seperti manusia hidup berkelompok, beranak pinak dan beragama. Dan tentang manusia yang diculik pergi ke alam bunian itu, kebanyakannya akan balik semula (kaki Mastika mesti selalu baca kan?), tetapi kembar saya belum lagi diisytiharkan sebagai manusia lagi sebab dia hilang semasa dalam kandungan, masih di antara alam roh nak ke alam manusia. Maksudnya dia belum lagi zahir yang kita boleh pegang dan nampak.
Kalau dia lahir, so dia ke alam manusia. Kalau dia mati dalam kandungan, itu terus ke alam barzakh. So dia tak pergi ke alam bunian, atau alam barzakh. Agaknyalah, wallahua'lam. Ini telahan dari logik yang dapat saya fikirkan dan tak ada bukti serta dalil. Saya belum khatam belajar ilmu-ilmu ini lagi.
Tentang nak jual kunyit itu, GST, dan ada orang terbang-terbang itu saya tak berani nak komen. Kalau dah ada ilmu, apa kata korang pergi tengok sendiri. Hahaha!
Saya tak pernah ceritakan perkara ini kepada orang lain kerana mereka mesti akan menganggap saya pelik dan menakutkan. Dulu saya nak daftar di UIA ini pun saya dah risau. Bimbang ada orang yang boleh 'nampak' benda yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.
Seminggu sebelum saya daftar cfs, saya demam panas teruk sampai 41'C. Pergi jumpa doktor, macam-macam jarum disuntik di badan saya. Malah saya disyaki demam denggi, kencing tikus dan bermacam-macam pil juga diberikan kepada saya. Namun demam kejap kebah, kejap tak. Saya seboleh-bolehnya tak nak libatkan berubat kampung ini sebab saya bukanlah senang percaya sangat. Kemudian bila doktor beri pil antibiotik sebesar gajah, saya mengalah dan terus pergi berubat kampung.
Jadi, saya dapat tahu bahawa saya demam teruk itu seperti tanda yang dia tak mengizinkan saya berjauhan dengan dia. Jadi saya bagilah dia mengikut saya pergi belajar. Dan keesokannya saya sihat walafiat.
Rabbul 'alamin. Dia saja yang tahu apa yang ada di dunia ini. Saya tak salahkan orang yang mengambil kembar saya sebab segala-galanya pasti ada hikmah. Tetapi janganlah jadikan alasan kita untuk sengaja berhubung atau bergaul dengan mereka. Sebab sebaik-baiknya jin adalah sejahat-jahatnya manusia. Semoga ada iktibar yang anda boleh dapat melalui kisah saya ini