Gadis Ini Berkongsi Pengalaman Percutiannya Yang Tidak Sampai RM500 Di Indonesia
Kita selalu lihat kenalan atau rakan di laman sosial kongsi pengalaman mereka bercuti di suatu tempat dan kita sememangnya sudah memasang niat untuk pergi ke tempat yang kita minati tetapi tidak tahu cara dan mengalami masalah terutama kewangan dan penipuan.
Kali ini Izyan Afiqah Abu Bakar berkongsi pengalaman percutian beliau di Yogyakarta, Indonesia selama 4 hari 3 malam. Beliau yang merupakan pelajar UTHM berkongsi cara bagaimana beliau menikmati percutianya dengan bajet serendah RM500 sahaja. Murahkan?
Disebabkan ramai yang bertanyakan kepadanya tentang tips bercuti, kali ini beliau kongsi bagaimana beliau menguruskan pembelanjaan ketika melancong termasuk bajet kenderaan, makan dan minum serta tempat tinggal dengan belanjawan yang tak sampai seribu ringgit pun.
Sebelum bercadang untuk bercuti ke suatu tempat, perkara pertama yang harus kita lakukan adalah tetapkan senarai tempat yang kita ingin kunjungi. Seterusnya kita senaraikan berapa bajet yang harus kita keluar ketika dalam perjalanan. Bagi Izyan yang baru berusia 24 tahun, beliau telah bercuti di Yogyakarta, Indonesia bersama rakan-rakannya dengan menggunakan wang yang beliau kumpul, bukan dapat daripada ibu bapa atau tajaan dari mana-mana pihak.
Senarai bajet ketika di Yogyakarta, Indonesia
Hari pertama
- Tiket penerbangan pergi balik KL-JOG-KL (RM68) *Pastikan beli tiket awal-awal, jangan beli last minit kerana harga akan menjadi terlampau mahal*
- Naik bas Trans Jogja dari Airport ke EDU Hostel (IDR3600)
- EDU Hostel (IDR240K)
- Beca pergi balik dari hostel ke Malioboro Street share 2 org (IDR20K/pax)
- Makan malam dekat lesehan Malioboro (IDR20K)
- Jalan-jalan dan eli-belah di Malioboro Street
Hari kedua
- van + supir (IDR91K)
- sunrise Gunung Merapi
- *sewa jeep share 4 org (IDR96K/pax)
- breakfast (IDR25K)
- borobudur harga student card (IDR130K)
- Kalibiru entrance (IDR5K) , spot 1 (IDR15K), 4 photo soft copy (IDR20K)
- Lunch (IDR12K)
- Alun2 kidul basikal berlampu share 6 org (IDR5000/pax)
- jalan2 + shopping dkt Malioboro Street
- beca balik ke hostel share 2 org (IDR10K/pax)
Hari ketiga
- hutan pinus
- ojek motor + entrance Pantai Timang (IDR22K)
- gondola Pantai Timang (IDR200K)
- lunch lobster share 11 org (IDR73K/pax)
- goa pindul caving (IDR35K)
- oya river rafting (IDR45K)
- photographer share 11 org (IDR20K/pax)
- bilik mandi (IDR2000)
- dinner (IDR14K)
Hari keempat
- beca pergi Pasar Beringharjo share 2 orang (IDR10k/pax)
- jalan2 + shopping dkt Pasar Beringharjo
- balik hostel naik kereta kuda share 6 org (IDR17K)
- bas ke Airport (IDR3600)
- Balik KL
TOTAL : IDR 1,225,200 (RM371) + RM68 = RM439.00
*P/s: IDR itu bermaksud nilai mata wang Indonesia (rupiah)
Notes
* Bakpia yg sedap bakpia 25 (beli hari last sbb dia kuih)
*Lesehan area Malioboro agak mahal berbanding restoran
*kalau nak beli simcard, beli simcard simPATI
*shopping murah dkt luar borobudur (ada kedai2). Jgn beli dkt org yg jual dkt pintu masuk borobudur, mahal.
*kalibiru ada spot 1, 2, 3, panggung utk gambar (harga lain2)
*naik ojek motor jalan ke Pantai Timang agak mencabar
*Lobster 1kg boleh dpt 5-6 ekor harga 350-400K siap nasi tahu tempe air
*Pasar Beringharjo tempat syurga shopping. Paling murah antara tempat yg lain. Bukak 9 am - 3 pm. Batik, kain ela, kebaya, sourvenir n mcm2 lagi.
*amik supir Pak Heru (sgt recommended) - +62 853 85611063
Tips untuk bercuti
Bagi Izyan, tips untuk bercuti terletak pada diri sendiri. Jika kamu mahukan sesuatu pasti kamu akan usaha sehingga menjadi. Bagi Izyan, beliau telah menyediakan tabung untuknya simpan setiap hari. Tidak kesah berapa ringgit sehari kamu simpan, janji hari-hari kamu masukkan suatu jumlah di dalam tabung itu. Lama-lama tabung itu akan penuh bukan? Dan itu juga akan melatih kamu menjadi seorang penyimpan dan disiplin.
Selain daripada itu, kamu boleh lakukan seperti Izyan dan rakannya iaitu berniaga di tempat belajar bagi yang masih belajar. Jika yang sudah bekerja, kamu harus bekerja lebih masa sedikit dengan melakukan 'over time' atau kerja sampingan. Ingat, orang yang rajin dan sabar akan dapat ganjaran yang besar pada suatu hari nanti. Jadi apa salahnya jika kamu mula menyimpan pada hari ini. Jika kamu tidak suka melancong, mungkin duit itu boleh digunakan untuk perkahwinan, beli rumah, kenderaan dan sebagainya.