Harga iPhone 7 Di Malaysia Dan Spesifikasi

Harga Dan Spesifikasi iPhone 7 Di Malaysia. Smartphone terbaru keluaran Apple iaitu iPhone7 telah dilancarkan secara rasmi di US pada 8 September 2016. Pasti ramai peminat telefon pintar di Malaysia ingin tahu harga dan spesifikasi iPhone 7 yang baru ini beserta tarikh pelancaran di pasaran Malaysia. Kehadiran iPhone 7 baru ini bakal menyaksikan persaingan sengit dengan model smartphone Samsung Galaxy Note 7 yang telah berada di pasaran baru-baru ini.

Harga iPhone 7 Di Malaysia
Sumber : Apple.com

Harga iPhone 7 Di Malaysia

Pelancaran model terbaru iPhone sebelum ini adalah iPhone SE pada Mac 2016 yang lalu. Harga iphone 7 di Malaysia berbeza dengan harga di US atas beberapa faktor seperti kadar tukaran wang asing. Varian 128GB dan 256GB telah diperkenalkan selain kapasiti sediada 32GB bagi membolehkan pilihan lebihan setoran buat pengguna. 

  • Harga iphone 7 di pasaran Malaysia akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi diumumkan dari masa kesemasa.

Harga iPhone Di US & Singapura

Sebagai perbandingan, iPhone 7 (entry Level - 32 GB) akan dijual di pasaran US bermula dari harga USD649 (lebih kurang RM2631). iPhone 7 Plus akan dijual pada harga USD769 (lebih kurang RM3118). Manakala harga di Singapura, jiran terdekat Malaysia yang menerima pelancaran lebih awal adalah seperti berikut:-

iPhone 7 

  • 32GB : SGD1048 (lebih kurang RM3,148)
  • 128GB : SGD1228 (lebih kurang RM3,668)
  • 256GB : SGD1388 (lebih kurang RM4,180)

iPhone 7 Plus

  • 32GB : SGD1248 (lebih kurang RM3,756)
  • 128GB : SGD1418 (lebih kurang RM4,271)
  • 256GB : SGD1588 (lebih kurang RM4,783)

* Kadar tukaran wang asing adalah pada 8 September 2016

Pembelian "Pre-Order" boleh dibuat pada Jumaat ini (9 Septemebr 2016) untuk senarai negara yang disertakan di bawah ini:-
  1. Australia
  2. Austria
  3. Belgium
  4. Kanada
  5. China
  6. Denmark
  7. Finland
  8. Perancis
  9. Jerman
  10. Hong Kong
  11. Ireland
  12. Itali
  13. Jepun
  14. Luxemborg
  15. Mexico
  16. Belanda
  17. New Zealand
  18. Norway
  19. Portugal
  20. Puerto Rico
  21. Singapura
  22. Sepanyol
  23. Sweden
  24. Switzerland
  25. Taiwan
  26. UAE
  27. UK
  28. US

iphone 7 Malaysia

    Spesifikasi iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus

    Berikut dikongsikan secara ringkas spesifikasi iPhone 7 dan iPhpne 7 Plus :-
    1. Warna : Rose Gold, Gold, Silver, Black, Jet Black. Warna Jet Black eksklusif hanya untuk varian 128 dan 256GB
    2. Kapasiti : 32GB, 128GB dan 256GB
    3. Display : 4.7 inci Retina HD (iPhone7) & 5.5 inci Retina HD untuk iPhone 7 Plus
    4. Kamera : 12MP hadapan dan 7MP belakang
    5. RAM : 2GB
    6. Operating System : iOS10
    7. Sokongan Kalis Air
    8. Tiada lagi Audio-Jack dan digantikan dengan port Lightning
    9. Stereo Speaker
    10. Cip Pemprosesan : Apple A10 Fusion
    * Spesifikasi lengkap boleh dirujuk di Apple.com

    Buat peminat Apple, nantikan pelancaran iPhone 7 di Malaysia. Semoga harganya berada dalam lingkungan yang berpatutan sesuai dengan spesifikasinya yang semakin canggih.

    Iklan Atas Artikel

    Iklan Tengah Artikel 1

    Iklan Tengah Artikel 2

    Iklan Bawah Artikel