"Anak Itu Rezeki" - Shaheizy Sam

Melangsungkan perkahwinan pastinya soalan berkenaan anak pula yang akan diajukan oleh khalayak. Pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin turut tidak ketinggalan daripada melalui situasi ini.
�Soalan dia sama sahaja, kalau belum kahwin orang akan tanya bila nak kahwin, kalau sudah kahwin orang akan tanya bila nak ada baby. Kita tak tahu, semuanya rezeki,� katanya yang ditemui bersama isterinya, Syatilla Melvin di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28.