'Minta Maaf, Saya Dah Terlanjur Dengan Laki Akak'
Saya dah kahwin 4 tahun dan kami dikurniakan seorang lelaki yang kini berusia 4 tahun. Sekarang, saya berumur 29 tahun dan sedang mengandung 7 bulan anak kedua.
Sepanjang perkahwinan kami, suami berkelakuan seperti biasa sahaja. Tetapi memang selama ini saya perasan dia selalu turun ke Kuala Lumpur. Kalau di rumah, dia selalu menghadap telefon. Tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa, tambahan pula saya jenis yang malas nak mengambil tahu hal dia.
Tetapi pagi semalam saya telah dikejutkan dengan panggilan dari seorang perempuan berumur 21 tahun. Dia mengakui bahawa dia sudah terlanjur dengan suami saya berkali-kali sehingga mengandung. Tetapi dia sudah menggugurkan kandungan itu sebab tidak mahu orang tahu.
Pada mulanya saya tidak percaya, tetapi dia kirimkan screenshot perbualan dia dengan suami saya.
Alangkah terkejutnya saya membaca perbualan mereka. Suami yang selama ini saya sangkakan baik, rupanya mengkhianati saya di belakang senyap-senyap.
Saya mengambil keputusan untuk bercerai dengan suami. Saya juga telah berbincang dengan keluarga, mujur mereka menyokong keputusan saya dengan keadaan yang sedang mengandung zuriat kedua ini. - Kisah Rumah Tangga | PIXEL MEDIA
Saya upload screenshot perbualan mereka, tak perlu buang nombor, biarkan terpapar.