'Suami Mula Tidak Hiraukan Isteri Kerana Makin Selekeh'



Tidak dinafikan, paras rupa dan penampilan adalah salah satu elemen runtuhnya rumahtangga. Isteri memasak, menjaga anak, mengemas rumah dan tidak kurang juga ada yang bekerja. Kesibukan ini secara tidak langsung memberi impak kepada rupa dan penampilan yang ala kadar dan tidak keterlaluan jika dikatakan selekeh. Tidak semua lelaki yang menjadikan faktor 'isteri semakin selekeh' sebagai alasan untuk berlaku curang namun, boleh dikatakan hampir setengah punca perceraian didominasi oleh faktor ini.

Jadi, sebagai tauladan dan langkah untuk kekal bahagia hingga ke Jannah, mari kita jadikan kisah akak ini sebagai tips untuk pastikaan rumah tangga kekal hingga hujung nyawa.


Awal  Perkahwinan

Teringat hampir setahun yang lalu, ketika itu kami baru sahaja selamat diijabkabulkan. Semasa itu, saya dan suami hidup bagaikan di awang-awangan. Segalanya indah sehinggakan ungkapan 'i love u' tu boleh mengisi perut yang kosong. Detik indah yang paling  saya tidak boleh lupa, apabila suami kejutkan saya dengan sarapan terhidang di sisi katil serta menyuakan ke mulut saya. Rasa seperti permaisuri sungguh.


Mula Terasa 'Sesak'

Faktor ekonomi yang semakin meningkat, memaksa saya berhenti kerja di syarikat swasta dan bekerja sendiri untuk membantu suami menjana pendapatan di butik kami The Dazzling Boutique & Cafe Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Sudah berulang kali suami melarang saya berhenti kerja namun, saya tetap berdegil untuk bekerja demi menolong si suami menguruskan butik vendor.


Sibuk Hingga Abaikan Penampilan.

Saya sangatlah sibuk, mana tidaknya, perniagaan masih baru dan banyak perkara perlu diuruskan sendiri dan ditambah dengan kerja-kerja di rumah lagi, suami mesti di siapkan makan minumnya hingga saya mengambil ala kadar tentang rupa dan penampilan. Tanpa saya sedar, rupa wajah saya menjadi semakin kusam dan nampak lebih berusia. Jerawat mulai tumbuh bak cendawan akibat perubahan hormon dan mula meninggalkan parut.  Tetapi saya buat tidak endah dek kerana kesibukan dalam menyempurnakan urusan seharian.

Hati menjadi semakin gundah kerana,suami mula tidak hiraukan saya dan mula membandingkan penampilan dan wajah ketika sebelum kahwin. Saya belek muka saya di depan cermin. Sungguhlah, wajah saya yang kusam, lesu seperti ini, manakan suami nak beri perhatian seperti dahulu semasa mula-mula berkahwin. Dulu wajah gebu flawless kini muka pun seperti mayat hidup. Keyakinan diri saya pun makin kurang, apabila pelanggan ramai yang menyangkakan saya seperti pembantu butik bukan pemilik butik mungkin kerana penampilan dan wajah saya yang kusam ini.



Nekad Pikat Suami Kembali

Saya mendapat nasihat dari rakan-rakan untuk mengambil produk kecantikan sebagai salah satu langkah untuk memikat kembali hati suami. Mereka mencadangkan saya supaya menggunakan satu produk 'viral' teknologi Korea. Nekad untuk menambat kembali hati dan perhatian suami, saya pun mencuba. Biarlah orang kata suami saya tidak sepatutnya melayan saya seperti itu, kerana saya sudah penat berkerja tambahan pula kena uruskan urusan di rumah. Namun, jika dua-dua 'ketegaq' mana tidak runtuhnya rumah tangga. Jadi saya perlu elakkan perkara tersebut.

Hasil Daripada Usaha Saya


Percaya atau tidak, kini suami saya sudah mula ber'sweet'2 kembali seperti baru-baru berkawhin. Sehingga makan tengah hari pun hampir tiap-tiap hari bersama. Pergi kemana-mana tak lepas berpimpinan tangan. Gembira betul saya. Jadi saya nak nasihatkan kepada wanita-wanita lain, janganlah kita asyik mencari salah pasangan masing-masing hingga boleh runtuhnya mahligai perkahwinan, sebaliknya berusahalah  jika kita benar-benar sayang akan rumah tangga kita. Benar ianya kelihatan tidak adil kerana seperti saya sahaja yang berusaha keras, memasak pun saya bekerja pun saya dan suami pula lepas saya kelihatan 'selekeh dan tidak cantik' mula tidak hiraukan saya sebagai isteri. Saya ingin soalkan kembali, adakah langkah seperti saya lebih baik dari perceraian? Fikirkanlah. Bertindak sebelum terlambat.

Saya juga berterima kasih ke atas rakan saya kerana  syorkan kepada saya produk Co-White ini kerana hasilnya sangat-sangat memberangsangkan. Bukan sahaja boleh kelihatan cantik, tetapi mampu memikat hati pasangan anda kembali. Cubalah!

                 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel