Penyakit Misteri �Real Zombie�, Darah Mengalir Melalui Mata, Hidung dan Telinga!

Seorang remaja Britain, Marnie Harvey menghidapi �penyakit � misteri apabila darah pekat mengalir keluar melalui bahagian mata, hidung dan telinganya sendiri, lapor akhbar The Daily Mail.

Marnie Harvey 'Real Zombie'

Media tempatan itu melaporkan keadaan sedemikian telah dialami oleh Harvey sejak tiga tahun lalu saat beliau mengalami batuk berdarah dan masalah kesihatan.

�Penyakit� misteri yang dialami oleh Harvey, 17; itu menjadi tanda tanya dalam kalangan doktor yang merawat beliau walaupun telah menjalani beberapa ujian namun hasilnya masih tidak dapat diketahui.

Ekoran �penyakit� itu, beliau terpaksa berkurung di rumah sahaja dan sering mengalami rasa sakit di bahagian tepi tubuh serta mengalami masalah �migrain� teruk hingga membataskan aktiviti hariannya sebagai pelajar.

Marnie Harvey 'Real Zombie' [2]

Pelbagai ujian dan cara telah dilakukan untuk mengubati beliau, namun tidak membuahkan hasil malah memburukkan lagi keaadan beliau.

Darah pekat mengalir keluar melalui kedua-dua mata, hidung, telinga dan kuku remaja berkenaan sebanyak lima kali sehari serta kini kulit kepala dan lidah beliau turut mengalami situasi yang sama.

Kejadian yang dialami oleh Harvey menyebabkan beliau digelar �Gadis Misteri� ekoran simptom ala Zombie yang agak real dan tidak dapat dikenal pasti itu.

BACA INI JUGA: 13 Filem Zombie Terbaik Pernah Ditayangkan!

Sumber: Mynewshub.cc

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel