Permohonan Laskar Muda TLDM 2016 Online

Permohonan Dan Pemilihan Laskar Muda TLDM 2016 Secara Online. Pemilihan dan temuduga terbuka TLDM terkini, syarat kelayakan dan lokasi permilihan? Anda berminat untuk berkhidmat di TLDM? Berita baik seperti dipetik dari makluman rasmi Facebook Tentera Laut DiRaja Malaysia yang memaklumkan bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ingin mempelawa Warganegara Malaysia lelaki dan wanita yang berkelayakan dan berminat, bujang serta sihat tubuh badan untuk berkhidmat sebagai anggota Lain-Lain Pangkat TLDM (LLP).  

pemilihan tldm

Temuduga Terbuka Laskar Muda TLDM Oktober Dan November 2016

Berikut adalah makluman tawaran kerjaya dari FB TLDM pada 22 September 2016. Temuduga terbuka kemasukan anggota lain-lain pangkat #TLDM (Laskar Muda TLDM) siri 215/17 kini telah dibuka. Sila rujuk iklan pengambilan di bawah ini untuk panduan penting - cara hadir temuduga, syarat kelayakan dan lokasi pemilihan.

temuduga terbuka tldm 2016
Klik TLDM untuk gambar yang jelas

Permohonan Laskar Muda TLDM 2016 Online (Bulan September)

Permohonan kemasukan Laskar Muda TLDM akan dilaksanakan secara online di laman sesawang JOM MASUK TENTERA sehingga tarikh tutup pada 26 September 2016. Syarat kelayakan terperinci adalah seperti berikut:

1. KELAYAKAN AKADEMIK

  • a. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau setaraf dengan LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  • b. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang ketukangan yang ditetapkan oleh TLDM serta Lulus dalam mata pelaaran Bahasa Melayu dalam peringkat SPM. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris

2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 25 tahun. Keutamaan kepada pemohon yang berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 23 tahun pada tarikh 20 Februauri 2017.
  • b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota. Tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang, tidak mengidap penyakit asma/ lelah dan penyakit kronik yang lain.
  • c. Taraf perkahwinan bujang.
  • d. Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) 46.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita), Body Mass Index (BMI) di antara 18 - 25 (Lelaki) 18 - 23 (Wanita).
  • Ukuran dada biasa/ kembang Lelaki : 76sm 
  • Cara pengiraan:
    BMI : Berat (kg)
    Tinggi(meter) / Tinggi(meter)
  • e. Ukuran dada minima 76 sm (lelaki).
  • f. Penglihatan hendaklah terang dan jelas (6/6) tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna.
  • g. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

4. KEISTIMEWAAN LLP TLDM

  1. Peluang mengikuti Pengajian di bawah Program Skim Pengajian Tinggi.
  2. Kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer.
  3. Rawatan perubatan dan pergigian percuma.
  4. Bayaran insentif bagi yang berkhidmat di Sabah/Sarawak
  5. (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
  6. Bayaran insentif Semenanjung Malaysia
  7. (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
  8. Pakaian seragam percuma.
  9. Makan dan tempat tinggal percuma.
  10. Waren perjalanan tahunan percuma untuk cuti bersama keluarga. 

Iklan Pengambilan Laskar Muda TLDM 2016 Terkini

Berikut adalah maklumat terkini mengenai pengambilan Laskar Muda TLDM :-

Siri 215/17 - September 2016

Iklan Pengambilan TLDM September 2016
Sumber TLDM

Siri 213/16 yang dikongsikan dari FB TLDM.

pengambilan Laskar Muda TLDM 2016 Online
Iklan Pengambilan TLDM Mac & April 2016

Sesi Pengambilan Laskar Muda TLDM 2016 : 3 Mei 2016

pengambilan Laskar Muda TLDM 2016 Online

5. Sebarang pertanyaan

Sila hubungi:
Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia - Bantuan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Telefon: 03 - 2071 3177 / 03 - 2071 6925
Emel: pengambilantldm@navy.mil.my
Laman Web: www.navy.mil.my


Selamat membuat Permohonan Laskar Muda TLDM 2016 Online, dan diucapkan semoga anda berjaya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel