Permohonan UPSI Februari 2017 Online Ijazah Sarjana Muda

Permohonan Kemasukan UPSI Februari 2017 Online Program Ijazah Sarjana Muda. Berita baik buat lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma yang berminat menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI) Sesi Akademik 2016/2017 (Ambilan Februari). Dikongsikan dari Facebook Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI, permohonan kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM/ Setaraf akan mula di buka mulai 10 Oktober 2016 (Isnin). Iklan permohonan akan dikeluarkan di Berita Minggu pada 9 Oktober.


Permohonan kemasukan UPSI online

Permohonan UPSI Februari 2017 Online : Program Ijazah Sarjana Muda

Berikut adalah maklumat berkaitan Permohonan Kemasukan ke UPSI sesi Februari 2017. 
  • * Maklumat permohonan meliputi program yang ditawarkan, syarat kelayakan dan lain-lain lagi akan dikongsikan selepas iklan dikeluarkan
  • Tarikh tutup permohonan : 31 Oktober 2016
  • Maklumat permohonan di bawah ini adalah untuk sesi ambilan Februari 2016 yang boleh dijadikan panduan kepada bakal pemohon

Program-program yang ditawarkan bagi sesi kemasukan UPSI Februari 2016 ini:

BILFAKULTIKOD PROGRAMNAMA PROGRAMALIRANSEMAKAN SYARAT
1FPTVAT09Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian) dengan KepujianSAINSklik di sini
2FSSKjAS20Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Psikologi Sukan) Dengan KepujianSAINS & SASTERAklik di sini
3AS74Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Sains Kejurulatihan) Dengan Kepujianklik di sini

Untuk mengakses ke sistem permohonan kemasukan, pemohon perlu membeli BITARA ID IJAZAH di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Negara mulai * akan dikemaskini (Tahun lepas pada 14 Oktober 2015 ). Pemohon boleh mula mengakses sistem permohonan kemasukan mulai 10 Oktober 2016 (Isnin).

Applikasi Permohonan UPSI 2017


* Nota : Pemohon diwajibkan menghantar Perakuan Permohonan (Online) Kemasukan yang telah dicetak ke:
Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.
(u/p : Unit Kemasukan)

Semakan Keputusan UPSI 2016

Semakan Jaya Kemasukan ke UPSI bagi lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2015/2016 (Februari) boleh mula di buat pada 27 Januari 2016 (Rabu).
 
* Perubahan tarikh adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dari semasa ke semasa.


Kepada pelajar yang berminat, bolehlah mengikuti maklumat terkini Permohonan UPSI Februari 2017 Online Ijazah Sarjana Muda di Facebook Bahagian Hal Ehwal UPSI. Selamat memohon dan semoga anda berjaya nanti. 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel