Resepi Dalca Daging

Dalca Daging

Resepi Dalca Daging yang memang sangat sedap dan sesuai dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak. Untuk resipi ini Che Nom gunakan kacang dhal Australia atau kacang dhal yang berwarna oren.
Jika anda mempunyai pressure cooker, masa memasak dapat disingkatkan, lebih kurang setengah jam kacang dhal sudah menjadi lembut. Jika tidak mempunyai pressure cooker tidak megapa, rendam kacang dhal selama beberapa jam dan kemudian rebus sehingga lembut. Sila lah cuba ya :)

Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 60 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang
Bahan-Bahan:

350 gram daging
3 sudu besar rempah kari daging
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
150 gram kacang dhal
3 biji kentang, kupas kulit dan potong 4
2 biji cili hijau
4 batang kacang panjang, potong panjang 2 inci
4 biji terung bulat, potong 4
1 biji tomato, potong 4
1 biji karot, potong memanjang
2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
Cara Penyediaan:

Cara untuk memasak Dalca:
Rebus kacang dhal sehingga lembut.
Rebus daging sehingga lembut dan hiris nipis. Jangan buang airnya.
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar halus, daun kari dan bahan rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan pula rempah kari dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan daging dan air rebusannya, kacang dalca, karot, kentang, cili hijau, asam keping dan juga santan cair. Masak sehingga sayur empuk.
Masukkan santan pekat, tomato dan terung bulat dan masak sehingga lembut.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
Angkat dan hidangkan
Tips:
Rempah haruslah dimasak di atas api perlahan sehingga betul pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering kerana takut hangus.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel