'Bolehkah Saya Tidur Bogel Bersama Anak Lelaki Berumur 16 Tahun?'


KEGILAAN apakah ini? Seorang ibu telah mengejutkan netizen apabila bertanyakan soalan, adakah menjadi kesalahan jika dia tidur dalam keadaan bogel dengan anak lelakinya yang berusia 16 tahun.

Pertanyaan itu dimuatnaik dalam laman sesawang Quora. Soalan berkenaan telah menerima lebih 500,000 komen dengan ramai yang menjawab `ya� dan dia juga boleh dikenakan tindakan kerana perbuatan tersebut boleh disifatkan sebagai penganiayaan terhadap kanak-kanak.

Salah seorang daripada netizen yang memberikan pandangan adalah Gautham Pinnamareddy, yang memaklumkan bahawa wanita tersebut telah melanggar batasan hubungan antara anak dan ibu.

�Ini adalah perkara paling pelik untuk dilakukan. Saya tidak faham niat awak di sebalik tindakan awak tidur dengan anak lelaki�berbogel.

�Sebaik sahaja anak awak mencecah usia remaja, dia akan mempunyai perasaan terhadap gadis-gadis dan kadang kala dia akan lupa awak ibunya.

�Ini akan membawa kepada keadaan di mana awak akan menyesal. Tolong elakkan daripada tidur berbogel dengan anak lelaki awak,�� demikian nasihat Gautham.


Selain itu, ada juga netizen yang menyatakan di bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak, wanita itu boleh ditahan dan dimasukkan ke penjara serta dipaksa mendaftar sebagai pesalah seks.

�Awak berkemungkinan ditangkap dan adalah ia berbaloi? Pakai sahaja baju atau tidur di bilik berasingan,�� kata netizen tersebut yang meminta wanita terbabit memikirkan mengenai perasaan anaknya juga.

Identiti wanita itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel