Sinopsis Telefilem Yang Terakhir Untukku; Istimewa Aidiladha TV3
SINOPSIS YANG TERAKHIR UNTUKKU
Mengisahkan seorang perompak bernama Jay telah membuat perjanjian dengan adiknya, Min, bahawa rompakan yang bakal dilakukan adalah rompakan yang terakhir sebelum mereka memulakan hidup baru. Untuk mendapatkan fail yang mengandungi kontrak yang diperlukan bosnya, Jay telah menyamar dan bekerja sebagai tukang kebun di rumah pasangan orang kaya. Jay mula berkawan dengan anak tuan rumah tersebut yang bernama Dhia. Namun pada suatu hari, Jay tidak menyangka yang Dhia sedang berada dalam rumah dan menyedari perbuatannya yang sedang memecah masuk bilik ayahnya. Dhia berasa sangat kecewa dengan tindakan Jay selepas dia ditangkap oleh pihak polis. Adakah persahabatan mereka masih akan kekal selepas apa yang telah berlaku?