Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din Meninggal Dunia; Al-Fatihah



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din meninggal dunia pada jam 10.10 minit pagi waktu Malaysia, hari ini 16 September 2016.

Berita ini disampaikan oleh Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan. Sebelumnya, Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din dilaporkan koma dan kritikal.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hospital Stanford University, Amerika Syarikat.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel