Walaupun Hanya Bergelar Anak Angkat, Kanak-Kanak Ini Tidak Bersekolah 2 Bulan Kerana Jaga Ibu Yang Sedang Sakit
Tersentuh hati kami apabila membaca kisah ini. Kisah seorang anak yang sudah 2 bulan tidak bersekolah bagi menguruskan ibunya yang sakit di hospital.
Lebih menyedihkan budak berusia 13 tahun itu sebenarnya anak yatim piatu yang dijaga oleh ibunya (ibu angkat) sejak bayi lagi.
Anak angkat sejak bayi
Budak 13 tahun sudah 2 bulan tidak bersekolah kerana menguruskan ibunya.
Kami (aktivis Parti Sosialis Malaysia dan NGO Royalti) menerima laporan dari pesakit Hospital Tanah Merah, berkenaan satu kanak-kanak 13 tahun yang sudah 2 bulan tidak bersekolah kerana menjaga ibunya yang sakit (jiran katil pesakit yang melaporkan).
Ziarah kami mendapati seorang ibu 48 tahun yang uzur kerana sakit kencing manis. Setia di sisinya, ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun. Bersekolah di Sekolah Tahfiz Serendah, Pasir Mas. Anak ini adalah anak yatim piatu yang dibela oleh ibunya sekarang (anak angkat sejak bayi). Ayah angkatnya sudah meninggal dunia. Si ibu uzur tidak mempunyai anak lain (anak angkat adalah satu2nya anak yang ada). Sumber pendapatan mereka kini hanya tinggal adik-beradik si ibu uzur.
Budak yang sudah menghafal 5 juzuk Quran ini memandikan dan menguruskan tandas si ibu setiap hari, dengan bantuan kakitangan hospital. 2 bulan berada dalam situasi begini, menyebabkan beberapa subjek pelajaran lain tergendala.