Warga Emas 69 Tahun Maut Dilanggar Anak Sendiri
KUANTAN � Seorang penunggang motorsikal berusia 69 tahun maut apabila kenderaannya dirempuh oleh sebuah kereta yang kebetulan dipandu oleh anak lelakinya sendiri berhampiran Batu 6, Jalan Gambang, di sini, semalam.
Ab Jabar Ab Wahab, dari Kampung Permatang Badak, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan dalam kemalangan yang berlaku pada jam 12.30 tengah hari itu.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt. Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, mangsa yang menunggang motorsikal Honda Wave, menukar laluan jalan secara tiba-tiba selepas membuat pusingan-U.
�Pemandu Perodua Viva yang berhampiran dengan mangsa terpaksa membelok secara tiba-tiba untuk mengelak daripada berlanggar dengan motorsikal tersebut, namun gagal mengawal kenderaannya.
�Kereta itu merempuh belakang motorsikal tersebut, menyebabkan mangsa terpelanting dan jatuh ke atas jalan raya,� terang Noor Yusof.
Pemandu Viva tersebut, Ahmad Shahrim Ab Jabar, 41, turun daripada keretanya untuk melihat mangsa yang rupanya bapa beliau sendiri.
�Orang awam cuba untuk membantu, tetapi mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba beberapa minit selepas itu,� kata Noor Yusof, sebelum menambah bahawa anak lelaki mangsa tidak mengalami kecederaan.
Noor Yusof berkata kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) di dalam Akta Pengangkutan 1987.