'Genap 100 Hari Awak Telah Pergi Meninggalkan Saya...'



8 Oktober lalu, genaplah 100 hari lelaki yang dicintainya pergi meninggalkan dirinya. Namun, tidak terasa pun 100 hari sudah berlalu pada diri gadis ini dan rasa seperti baru semalam dia bergurau senda dengan buah hatinya itu.

Allahuakbar, sayu membaca luahan gadis ini yang kehilangan orang tersayang yang difahamkan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Meskipun pahit, namun Nur Fatiha, tetap redha dengan apa yang berlaku. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan berdepan dengan ujianNya.

5 Julai 2016, kali terakhir saya tengok awak senyum. Juga kali terakhir awak datang berjumpa dengan saya pada petang itu.

Awak pada masa5 itu sihat, cerita seperti selalu. Hmm, malamnya pula, saya yang datang jumpa awak. Awak terbaring kaku. Dah tak nampak muka ceria seperti petang sebelumnya. Pakaian awak dari kepala sampai ke kaki, berwarna putih. Allahu, awak sudah tidak bernyawa.

Semasa saya datang ke hospital, saya berharap sangat yang awak boleh sembuh. Tetapi bila saya sampai dan tengok, awak sudah siap dikafankan. Mereka tolak jenazah awak lalu di depan saya untuk dimasukkan ke dalam van jenazah. Susahnya saya nak menerima semua ini.

Saya ingat lagi, pagi 1 Syawal kita pakai baju berwarna coklat. Awak kata nak sedondon kan. Tetapi kenapa baju awak berwarna putih pada masa itu? Semasa di kubur, keluarga, kawan-kawan awak semua ada di situ, awak saja yang tak ada. Selalu di mana ada mereka, awak pun ada juga. Tetapi awak tak ada.

Kemudian, Iman baca talqin, dia sebut nama Mohd Pirdaus. Ya Allah, berderau jantung saya, awak. Berat ujianNya. Saya tak kuat nak tengok awak pada masa itu. Perasaan saya kosong dan kering, segala impian kita terkubur begitu sahaja. Banyak sangat perancangan kita.

Awak tahu, setiap kali kita pergi kenduri kahwin, kadang-kadang hati saya terasa sayu sangat bila teringat pada awak. Saya harap sangat-sangat, suatu hari nanti pun kita berdua akan menjadi seperti mereka, naik pelamin bersama-sama, semuanya bersama-sama. Kan pada malam terakhir awak, kita dah rancang macam itu. Ingat tak? Tapi kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel