2 Gadis Diperkosa Abang dan Bapa Saudara Sendiri Dalam rumah Sehingga Mengandung 8 Bulan


Kes seperti ini amat kerap berlaku dan peningkatan bilangan kes yang melibatkan ahli keluarga sendiri menjadi 'pemangsa' juga amat membimbangkan. Jadi, para ibu bapa terutamanya ibu perlu mengawasi anak-anak perempuan. Didik anak-anak tentang batas pergaulan sesama adik beradik, pantau apa yang dibaca, didengar dan dilihat oleh anak-anak.

Begitu juga dengan suami atau bapa kepada anak-anak kita. Isteri perlu mengingatkan suami agar tidak 'tersasar' dalam tanggungjawab menjaga anak-anak terutamanya anak perempuan.

Semalam (21 Oktober), saya mendapat panggilan telefon permohonan masuk dua remaja berumur 13 tahun untuk mendaftar masuk kerana telah mengandung lapan bulan. Berbakul istigfar dan termenung sejenak. Kenapa di usia yang muda telah menjadi ibu?

Kedua-duanya adalah kes sumbang mahram. Tinggal serumah, adik tidak keluar rumah pun, yang di dalam rumah pula rupanya 'pemangsa'. Kepada siapa lagi mangsa mahu mohon berlindung apabila abang kandung sendiri sanggup memperkosa adiknya berkali-kali sehingga mengandung. Si ibu pula enggan melaporkan kejadian itu kepada polis kerana bimbang si abang ditangkap. 
Satu kes lagi, bapa saudara yang sepatutnya melindungi anak saudaranya pula menjadi remaja itu seperti 'isterinya'. Bertahun-tahun menduda, apabila anak kepada adik perempuan meningkat remaja, tambahan pula mereka tinggal bersama kerana menemankan anak perempuannya, anak saudara pula dijadikan mangsa. 

Tiada yang berani melaporkan kes itu kepada polis. Anak saudara pun tidak bekerjasama dengan polis dalam membuat laporan dan asyik menuduh orang lain pula kerana mangsa tidak mahu bapa saudaranya ditangkap, atas dasar kasihan.

Selama ini bapa saudaralah yang menyara dia dan menyediakan tempat tinggal setelah ibu kandung mangsa menghalaunya kerana anak ini jenis lembam. 

Kejam sungguh manusia-manusia yang telah hilang pertimbangan akal.

Yang lebih sadis, dalam kedua-dua kes di atas, pihak keluarga berniat mahu mengahwinkan pasangan zina ini demi menutup malu. Ibu bapa remaja mahu menikahkan abang dengan adik. Datuk dan nenek mahu menikahkan anak saudara dengan bapa saudara. 

Sejauh itukah kejahilan ummah di dalam hal agama? Ingat ini zaman Nabi Adam boleh bernikah sesama saudara sendiri?

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel