4 Langkah Elak Panik Jika Anda Tak Terima Travel Itinerari Lepas Booking AirAsia

airasia-booking

Booking tiket Airasia tapi selepas booking travel itinerary/booking, detailstidak di terima melalui email atau anda dapat status �Need Payment�?
Itulah situasi yang kadang-kadang berlaku jika anda buat booking melalui laman web AirAsia (Nota: bukan setiap kali booking).
Bila dah isi semua details lepas tu proceed untuk bayaran, dan selesai  buat bayaran tapi booking travel itinerary/ booking details tidak diterima melalui email atau status menjadi �Need Payment�. TAK PERLU PANIK.
Boleh saya katakan masalah ini berlaku disebabkan volume para penumpang yang buat booking pada satu-satu masa itu adalah amat tinggi.
Selepas kita buat bayaran, sistem booking AirAsia mungkin tidak dapatgenerate dengan serta-merta details tersebut dan emailkan kepada kita. TAK PERLU PANIK.
Ini TIPS ringkas untuk mengurangkan PANIK anda :

1. Sebelum buat booking, ciptalah satu akaun Airasia atau juga dikenali sebagai Big Shot ID. Mudah saja nak buka akaun, seperti kita buka akaun email kita. Tiada sebarang caj untuk create account.

2. Bila dah ada akaun, semua details kita dah ada dalam akaun tersebut dan ia memudahkan semasa kita nak isi details masa buat booking nanti. Bila Airasia ada promo kita juga akan terima email berkenaan info promo tersebut. Untungkan?

3. Ini penting! Bila dah login masuk, barulah buat booking > fill in details > payment > (Masalah) details tak diterima atau status �Need Payment�. Jika jadi macam ni jangan panik. Just relax. Selepas 2-3 jam boleh login semula akaun AirAsia kita dan buat semakan pada �My Booking� dan �view booking history�. Insyallah details kita akan ada dalam sistem atau status �Need Payment� akan bertukar menjadi �Confirm�.

Klik pada �Modify� dan kita akan jumpa option resend itinerary. Jadi details kita yang tak diterima tadi akan terus di email kepada email kita.

4. Andai kata status �Need Payment� masih tidak berubah kepada status confirm, maka ini sebabnya:

(a) Memang system AirAsia ada masalah volume yang tinggi. Just tunggu 2-3 jam ianya akan menjadi status confirm (seperti saya nyatakan di point no 3.

(b) Need payment itu terjadi apabila memang anda tak buat lagi payment sama ada kerana masalah pada pembayaran (window crash) atau tunggu TAC tak muncul-muncuk. Ahahah.

Semak dalam akaun bank yang kita gunakan. Jika masih tiada sebarang penolakan wang dari akaun bank kita maka sah lah tiada pembayaran di buat.

So just proceed, click pada atau status �Need Payment� dan buat bayaran sekali lagi.

Harap membantu dan jangan PANIK.

Penafian: ini merupakan situasi yang berlaku apabila sesetengah para penumpang AirAsia dan tidak kepada semua yang terjadi sebegini. Saya juga tidak ada niat untuk menjatuhkan reputasi penerbangan AirAsia ini.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel