4 Restoran Halal Di Tokyo Untuk Anda Cuba Bila Travel Ke Sana
Sebagai orang islam, bab makan ini memang sedikit sensitif. Mencari makanan halal di negara yang majoritinya bukan islam ini kadang-kadang boleh jadi sangat sukar. Lebih-lebih lagi bila timbulnya perasaan was-was.
Jika anda berhasrat datang ke Tokyo, tidak dinafikan restoran halal agak sukar untuk ditemui. Tetapi jangan pula anda fikir ini sebagai bebanan sehingga boleh memudarkan hasrat anda. Banyak pilihan sebenarnya, contohnya seperti membawa makanan segera Brahim�s.
Kalau mahu juga rasa makan di restoran jangan bimbang, di sini kami senaraikan 4 lokasi restoran halal yang sedap ada di Tokyo, Jepun.
1. Malaychan 1, Ikebukuro
Malaychan1 ini merupakan restoran Malaysia di Ikebukuro, Tokyo. Restoran ini salah satunya restoran yang mendapat pengiktirafan halal dari Islam Malaysia di Jepun. Di sini terdapat pelbagai hidangan dari Malaysia seperti nasi goreng, roti canai dan juga hidangan masakan china Malaysia. Kalau rindu mahu rasa makanan Malaysia, nanti boleh cuba makan di sini.
Facebook: Malaychan
2. Karachi, Shinjuku
Restoran Karachi ini terletak di daerah Shinjuku. Di sini menyediakan makanan berasaskan menu-menu dari Pakistan dan India. Tukang masak juga khas diterbangkan dari Pakistan. Yang menariknya, semua rempah-rempah yang digunakan dalam masakan juga di import khas dari sana. Aroma dia memang power!.
Facebook: Karachi
3. Aladdin, Minamiazabu
Aladdin merupakan sebuah restoran yang menyajikan makanan-makanan tradisional Iran. Restoran ini terletak di daerah Minamiazbu. Untuk makanan tengah hari, hidangan disediakan secara bufet dan setiap malam jumaat pula ada persembahan tarian gelek, ini pastinya memberikan pengalaman yang unik buat anda.
Facebook: Aladdin
4. Sumiyakiya, Nishiazabu
Restoran Sumiyakiya ini terletak di daerah Nishiazabu, Tokyo. Kalau anda mahu rasa makanan hidangan daging bakar panas-panas, di sini lah tempatnya. Jangan risau tentang status halal nya, semuanya disahkan halal baik dari segi proses penyembelihan sehinggalah penyediaan.
Yang paling popular di sini ialah daging lembu wagyu, rugi kalau tak cuba kalau datang ke Tokyo!
Facebook: Sumiyakiya
Jika anda merancang untuk ke Tokyo, kami ucapkan selamat mengembara dan selamat menjamu selera, Shokuji o o tanoshimi kudasai!