7 Perkara Penting Itinerary Bercuti Eropah



Aku sering terima email atau pertanyaan bertanyakan tentang itinerary bercuti Eropah. Yang biasanya, mahu pergi banyak negara, kos yang paling rendah atau tempat yang paling best. Sebenarnya susah aku nak jawab pertanyaan macam tu sebab setiap orang mempunyai pilihan masing-masing. So aku rasa  mungkin ada baiknya aku senaraikan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum buat itinerary. Post ini mungkin akan membantu sesiapa yang mahu menyusun trip dan itinerary bercuti Eropah.

1. Jumlah Hari & Tempoh Tidak Produktif

Memandangkan Eropah adalah benua yang jauh, ramai yang mahu pergi sebanyak mungkin negara. Maklumlah, bukan selalu boleh datang. Pun begitu, jangan sesekali membandingkan trip kembara yang baik dengan jumlah negara yang dilawati. Tidak semestinya banyak negara itu memberikan pengalaman kembara yang lebih baik. Jika cuma ada masa yang pendek, cukuplah kembara ke 3 atau semaksimanya 4 sahaja.

Tempoh tidak produktif ini dikira sebagai masa yang tidak  menyeronokkan. Contohnya, jika datang dari K. Lumpur, maka paling sedikit 12 jam sudah habis di atas pesawat. Darabkan dengan dua, masa penerbangan pulang. Itu tidak termasuk masa menunggu di airport dan masa yang dihabiskan pergi dan balik airport. Jangan lupa, kapal terbang akan selalu ada risiko kelewatan. Ambil kira juga masa berehat sebentar sebaik tiba ke destinasi dan tempoh jetlag. Tempoh tidak produktif paling minimum adalah 40 jam. Disitu sahaja sudah habis hampir 2 hari.

Keduanya, perlu diambil kira tempoh tidak produktif ketika bergerak dari satu bandar ke satu bandar. Contohnya, trip London, Paris dan Amsterdam. Dari London ke Paris contohnya menaiki Eurostar train selama 2 jam dan dari Paris ke Amsterdam menaiki bas selama 6 jam. Bergantung kepada jenis pengangkutan, lagi banyak bandar yang ingin dilawati, tempoh tidak produktif juga bertambah.

Berapa hari di Eropah ? Minimum 7 hari. 10-12 hari cukup puas. 14 hari ke atas kalau mahu kembara jauh. Kurang dari 5 hari buat penat badan je. Secara purata, kembara yang selesa bila dapat tidur 2 malam di sesuatu tempat. Itu baik untuk mood dan keseronokan kembara. Jadi satu bandar itu dapat dijelajahi secukupnya.


2. Tema Kembara

Semua orang pergi kembara ada tujuan. Berikut adalah beberapa tempat yang sesuai dengan tema kembara masing-masing.

Shopping : Paris & London. Di Swiss, barang agak mahal.
Naturalist : Swiss, Amsterdam, Salzburg, Scotland Highland. Secara umum, kawasan luar bandar di Eropah semua cantik dan unik.  Kawasan semulajadi yang ada gunung puncak dilitupi salji, lembah dan banjaran gunung.
Culture : Semua negara Eropah ada culture yang berbeza.

Bangunan Sejarah & Tamadun dan Istana : Prague, Budapest, Munich, Rome, Paris, Granada, Cordoba, Athens, Vienna, Istanbul, Edinburgh
Food : Aiseh. Ini aku tak pasti la. Kecuali kebab dan makanan halal. ??
Puncak Gunung Salji : Swiss, Austria, Munich. Di London & Paris jarang salji. Mungkin pernah,  tapi aku tak tahu bila.
Pantai dan Pulau : Venice, Porto, Lisbon
Negara yang masih membangun mempunyai kesan sejarah yang masih baru. Contohnya negara pecahan Russia seperti Slovakia dan Slovenia.

3. Bajet dan Kos

Memanglah semua mahu paling murah. Lagi banyak bandar dilawati, lagi mahal kos. Kerana kos pengangkutan tambahan. Bandar seperti London, Zurich dan Paris biasanya menyumbang kos paling tinggi dalam trip. Negara seperti Spain dan Portugal antara yang murah. Italy, Republic Czech dan Hungary sangat menarik dengan kos yang sederhana. Jadi bila merancang itinerary, pertimbangkan kos pengangkutan di setiap tempat.Kalau duit berkepuk, nota ini tidak terpakai sama sekali.

Kalau tanya aku, dengan pertukaran matawang aku rasa kos dalam RM3,500 sesuai untuk 3-5 negara. Paling sesuai dalam RM6,000 untuk beberapa 5-7 negara dan beberapa bandar dalam satu negara.


4. Tempat / Negara Dilawati

Ada beberapa bandar yang aku rasa over rated disebut-sebut orang sebagai tempat yang best. Tapi sebenarnya tidak lah sehebat mana. Nama yang popular seperti Paris memang jadi impian semua orang. Padahal ramai yang tidak tahu Paris itu tidak lagi seromantis dulu. London pun begitu juga. Orang kata tidak sah pergi Eropah kalau tidak ke sana. Sedangkan di London, penginapan antara yang paling mahal.

Ketahui juga tarikan di sesuatu bandar itu. Contohnya, kalau dah tau tidak suka sejarah tak payah la nak pergi ke Athens atau Rome. Tengok saki baki runtuhan bangunan aje adanya. Pergilah ke bandar dimana sesuai dengan jiwa dan minat masing-masing.


5. Solo, Small Group & Family

If you want to go fast and far, you go alone! Semudah itu. Semakin besar kumpulan anda, semakin sukar mengelolakan trip. Penginapan, pengangkutan dan makan. Semua ada perangai masing-masing. Kalau berkeluarga dan ada anak kecil, cukuplah dengan 3 atau 4 negara. Anak kecil ini bukan berminat dengan bangunan sejarah. Disneyland itu satu kemestian.

Pesan awal-awal. Jika bawa anak dan keluarga, maka bersedialah berkorban keseronokan sendiri ketika kembara. Anak perlu perhatian lebih. Makan, penat dan kadang-kadang suka hati berak merata. Bersabarlah wahai ibu bapa!


6. Mode of Transportation

Setiap pengangkutan yang kita naik memberikan pengalaman berbeza. Dalam masa yang sama ia memberi perbezaan terhadap bajet dan tempoh tidak produktif. Secara umum ada setiap kembara akan melibatkan pengangkutan antaranya flight, bot/ferry, train, bas dan kereta sewa. Menaiki flight dapat menjimatkan masa tetapi tidak dapat pemandangan yang cantik. Naik bas 6 jam mungkin lambat tetapi dapat menjimatkan kos penginapan. Menaiki bas persiaran / chartered pula tidak memberi fleksibiliti masa untuk berhenti, tetapi dengan kereta sewa kita boleh berhenti bila masa yang kita suka.

Di Eropah, membandingkan harga antara pengangkutan tidak sukar kerana semua pengangkutan bersaing mendapatkan pelanggan antara satu sama lain. Ada masanya flight lebih murah dari train dan ada ketikanya menyewa kereta lebih ekonomik dari menaiki flight.

7. Tempat Penginapan

Secara mudah, kos terbesar (tetapi tidak memberi manfaat besar kembara) adalah membayar tempat penginapan. Penginapan dari hostel ke bilik hotel bertaraf bintang 

Kerana itu kos orang yang tinggal di khemah jauh lebih murah dari orang yang mahu honeymoon. Ehem..Ehem.. Honeymoon mestilah mahu privacy bilik berdua. Jika berkeluarga tentunya mahu penginapan didalam satu ruang supaya  mudah mengurus anak dan sebagainya. Penginapan yang berhampiran dengan tempat tarikan pelancong tentu lebih mahal. Secara kasar kos penginapan sahaja mengambil 30% � 40% kos kembara. Jika ini dapat dijimatkan, maka lebih rendah kos kembara.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel