Aku Umur 30, Bujang, Tiada Kerja.... Ahhh Stress....

Gambar Hiasan
Assalamualaikum

Pendekkan cerita, aku wanita dah umur 30 tapi masih belum bekerja dan tak kawen walaupun adik beradik lebih separuh dah kawen Betapa stres aku tengok kawan kawan masa sekolah bergembira dengan hasil kerja keras belajar kemudian kerja dengan jawatan bagus Aku tak jangka hidup aku macam ni.aku pelajar sederhana la dulu spm 3a je pastu aku smbung amik stpm.stpm tak bagus aku sambung dip it kemudian sebab aku ingat nak minta cikgu kena ada degree, aku sambung juga degree it kat universiti tempatan Tapi degree it ni la paling hampeh sebab aku belajar untuk exam.memang ape aku blajar tak masuk. 

Projek akhir aku upah org tolong buat sistem. bayangkanlah terdesaknya aku.baru sekarang aku nak menyesal. Sebab ini lah aku tak dapat kerja agaknya.kalau aku kerja pun rezeki aku tak pasti halal ke tak Lepas 2 3 tahun baru aku email supervisor iaitu lecturer yang sistem aku tu aku upah orang.dan dia cakap kalau nak ulang balik projek akhir memang tak dapatla.dia suh aku bertaubat dan minta ampun.bagi pihak dia, dia takda masalah. 

Masalahnya sekarangnya aku.aku dah tak boleh guna degree ni untuk kerja. Masa diploma aku punya projek akhir buat dalam kumpulan.sistem bahagian coding lecturer tolong buat, design kawan aku buat.report aku dan kawan buat.jadi apa hukumnya projek akhir aku dulu? Adakah aku pun tak boleh minta kerja guna diploma ?aku buntu. Sapa nak hidup kita jadi cmni kan.daripada kecil cita cita nak jadi itu ini at last berakhir di rumah. 

Aku jarang keluar rumah takut terserempak kawan lama.aku memang boleh cakap lost contact semua kawan sebab tak sanggup dorang tau aku tak kerja. Nak berniaga?aku bukan seorang peniaga.aku dah cuba berniaga tapi akhirnya rugi yang dapat.aku tak boleh la aku rasa.atau aku belum cukup usaha Tolong doakan aku even korang tak kenal aku Yang pasti tekanan yang aku hadapi mungkin belum seteruk org lain tapi aku terseksa .aku rasa mcm nk gila sebab ini hukuman pada aku.aku yang pilih jalan ni Menyesal pun tak guna Tolong doakan aku dapat kerja yang layak buat sorang penipu.

Sumber IIum Confession

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel