Drama Suamiku Paling Sweet [Slot Akasia TV3]

syafiq kyle mawar rashid adam mikael
Pelakon utama drama Suamiku Paling Sweet [Slot Akasia TV3]

Satu lagi drama yang bakal ditayangkan di Slot Akasia TV3. Hasil arahan Zul Huzaimy Marzuki dan tulisan oleh Mufid Suhaimi, drama ini dijangka mula ditayangkan pada bulan Disember 2016.

Pelakon yang terlibat adalah Mawar Rashid sebagai Qisha Iris, Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal, Nik Muhamad Adam Mikael sebagai Hafiy, Fazreen Rafi sebagai Qairul, Eedy Asraf sebagai Hakimi dan Nur Natasya Nabila Mahyan sebagai Maya.

Profil Drama Suamiku Paling Sweet

Studio : Primeworks Studio
Pengarah : Zul Huzaimy Marzuki
Penulis : Mufid Suhaimi
Penerbit : Zulkeflee Mohd Said
Penerbit Eksekutif : Hemanathan Paul
Pelakon : Mawar Rashid, Syafiq Kyle, Nik Adam Mikael, Fazreen Rafi, Eedy Asraf dan Natasya Mahyan.
Siaran : Bermula 26 Disember 2016 [Dijangka]
Saluran : Slot Akasia TV3 [6.58 petang setiap Isnin hingga Khamis]
Adaptasi : Novel 'Suamiku Paling Sweet' karya Anjell
Episod : 28 Episod

Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Puan Fatma, Hafiy. Namun, satu peristiwa mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri kepada Izz Haikal dan mummy Hafiy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiy selepas diijab kabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz dan Hafiy dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yang menyebabkan mereka dikahwinkan.

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.

Opening Montage Drama Suamiku Paling Sweet



Ost Drama Suamiku Paling Sweet 

- Lagu 'Cool Love' nyanyian Ippo Hafiz. Sedap jugak dengar lagu ni.


Gambar Pelakon Drama Suamiku Paling Sweet 2016

mawar rashid
Mawar Rashid sebagai Qisha Iris

syafiq kyle
Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal
syafiq kyle adam mikael
Syafiq Kyle bersama dengan Adam Mikael sebagai Hafiy
para pelakon drama 2016
Para Pelakon Drama Suamiku Paling Sweet 2016
ameerul faqeem mawar rashid
Ameerul Faqeem sebagai Iqram bersama Mawar Rashid

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel