Elizabeth Tan Suka Jika Jodohnya Dengan Lelaki Melayu...Inilah 3 Picture Terbaik Elizabeth Tan Pernah Pakai Baju Kurung
KUALA LUMPUR, 2 Okt � Menganggap lelaki Melayu pandai membuat lawak, penyanyi Elizabeth Tan tidak menolak kemungkinan akan menerima cintanya.
�Saya suka lelaki Melayu sebab biasanya mereka pandai buat lawak, mereka �macho� dan yang saya tahu mereka baik hati dan tidak pentingkan diri sendiri,� katanya.
�Ciri-ciri lelaki idaman saya, lelaki itu mesti kena lebih tinggi daripada saya, rajin bekerja, jujur dan baik hati.�Meskipun sering anak kelahiran Hulu Kelang ini didekati lelaki Melayu berbanding bangsa lain, namun tiada artis kaum itu yang cuba memikatnya.
�Dulu yang minat saya semua Melayu, sewaktu di sekolah menengah dan sampai sekarang,� kata penyanyi �Setia� kepada ProjekMMO baru-baru ini.
�Sekarang ini memang adalah lelaki [memikat] tetapi artis Melayu memang tiada.�
Mengakui suka perwatakan pelawak Zizan Razak, gadis berusia 23 tahun ini selesa apabila bergandingan bersamanya, bekas teman lelaki pelakon Emma Maembong.
Baru-baru ini, Elizabeth bergandingan sekali lagi dengan Zizan dalam program realiti �Diari AF� dan mereka berdua dilihat serasi bersama.
Namun gadis manis ini, yang mesra membahasakan dirinya Lizzie sahaja, berkata hubungannya dengan Zizan tidak lebih daripada rakan dalam industri seni.
�Setiap kali bila Zizan ada, bila saya kena kerja dengan Zizan, Lizzie macam lega hati sikit, sebab Lizzie tidak rasa janggal.
�Dia sentiasa tahu apa hendak cakap, apa hendak tanya, apa hendak borak,� katanya.
Penyanyi lagu �Tabah,� yang baru diedarkan mulai Mei lalu, mengakui beliau juga lebih diminati golongan Melayu berbanding kaum-kaum lain.
Muncul sebagai personaliti popular di YouTube dua tahun lalu, Elizabeth sedar respons memberangsangkan daripada peminat selepas menyanyikan lagu Melayu.
�Mula-mula dulu, apabila saya konsisten muat naik video nyanyian di YouTube, waktu itu saya belajar di luar negara. Saya mula dengan lagu Inggeris tapi respons tidak banyak.
�Sehinggalah saya nyanyi lagu Melayu berjudul 'Havoc' dan video itu jadi viral,� katanya, yang pernah digelar �amoi yang menyanyi lagu Melayu�.
�Dari situ saya sedar, masyarakat Malaysia hendak dengar saya menyanyi lagu Melayu; lagi banyak sambutan.�