Episod duka kami seakan lenyap selepas lahirnya anak pertama kami...
Alhamdulillah dah nak masuk 2 tahun kahwin dan dah ada anak seorang. Just kat sini aku nak kongsikan pahit manis hidup lepas kahwin. Dulu masa belajar, aku ni ketogeri senang jugak la, ada kereta, pandai cari duit, buat bisnes buat home tuition, masuk tahun ke 3 dan ke 4, aku dengan kawan-kawan sewa kondo diluar sebab nak rasa hidup sendiri, berkat buat sub-income lepas la bayar duit condo sambil-sambil berkongsi. Hidup Alhamdulillah nampak semua smooth.
Lepas belajar alhamdulillah dapat kerja terus walaupun bukan company besar tapi still ok, sub-income masih berjalan, parents student juga selalu call minta buat kelas sebab anak-anak diorang dah serasi. Rezeki memang tak penah putus. Dengan kehidupan yang ok macam, aku selalu berharap lepas kahwin hidup aku macam ni jugak tak pun lebih baik bak drama-drama tv3 yang aku selalu tengok petang-petang. Episod bermula bila aku dan boyfriend decided untuk kahwin, masa tu aku rasa umur macam dah lanjut kena kahwin walaupun suami masa tu tiba-tiba bakal suami berhenti kerja, aku dah start runsing, tolong dia cari kerja sana sini atlast dia kerja kat company biasa dan kena start dari zero dan masa tu jugak dah tinggal berapa bulan nak kahwin. Nak jadi rezeki Alhamdulillah majlis kahwin konon macam gempak, ada jugak yang sponsor-sponsor tapi still aku buat loan dan suami buat loan untuk back up, konon aku membantu suami sebab kesian gaji dia ciput sangat masa tu. Lepas berkahwin memang dugaan bertimpa timpa. Betullah kata orang, dugaan bagi pasangan berkahwin adalah 5 tahun pertama. Bila dah kahwin, dah start bayar itu ini, komitmen sana sini, duit kat mak ayah still bagi seperti biasa, dulu perut seorang kena isi, now berdua, kekadang suami tak cukup duit kita topupkan tapi still rezeki murah masih ada sub income, sehinggalah aku disahkan pregnant.
Masa ni kemuncak kesusahan kitorang, kereta pulak asyik meragam, setiap bulan 900-1200 keluar untuk kereta, komitmen lain kena bayar, suppliment & check up baby, masa ni aku dah tak buat part time sebab tak larat. Hari-hari aku buat budget untuk suami, cut off mana-mana yang tak penting, aku tengok suami pun baju dah lama tak bertukar aku pun lebih kurang. Tapi pada pandangan family dan kawan-kawan, kami ni berduit bergaya kononnya bukan main, bila keluar kadang-kadang diorang minta belanja kitorang pun belanja ja padahal duit tu cukup-cukup untuk belanja seminggu kami berdua. Tapi takpe dalam hati masih berdoa semoga ada rezeki di kemudian hari.
Kemuncak paling aku takkan lupa, masa tu kandungan aku 6 bulan, malam tu aku muntah muntah dan cirit birit sampi pagi, bila dah macam sayur lembik tu aku mintak suami hantar pergi PPUM, masa tu aku ada RM 80 dan suami ada RM 20, lagi seminggu lagi nak gaji. Aku cakap takpe sana boleh pakai credit card anything kita guna je. Registration RM 50 dan baki dalam 30-50 masa tu, lepas jumpa doc, dah tau sakit apa semua aku pergi kaunter ambil ubat, jumlah ubat RM70, aku memang tak mampu nak bayar harga ubat, nak guna credit card amount kena lebih RM 100, masa tu aku dah tak tau nak cakap macam mana, malu tambah sedih tambah pilu semua ada, aku tahan muka manis cakap dekat akak kaunter aku tak ada duit kecik aku nak pergi cucuk terus aku ajak laki aku ambil kereta balik rumah, tinggal jelah ubat tu, nanti lega lah sakit ni, tapi dalam kereta hanya Allah saja yang tau, aku punya menangis tu sampai teresak esak, mungkin sebab pregnant jugak, macam-macam aku hambur kat suami, aku cakap dulu sebelum kahwin aku tak pernah pun sampai nak beli ubat pun takde duit, dia diam je bawak kita (sampai sekarang aku ingat kejadian ni, berdosanya aku) then aku jerit aku menyesal kahwin. Suami aku pegang tangan aku suruh mengucap, sayang ni lah dugaan kita, takpe insyaallah ada rezeki kita nanti, tapi aku punya menangis tu sampai ke pagi tak henti sedihnya hehehe Tapi alhamdulillah janji Allah itu pasti, setiap dugaan dan kesusahan yang Allah timpa keatas hambanya, Dia tahu hambanya mampu.
Setiap kesusahan diiringan kesabaran insyaallah Allah akan akan ada ganjaran nanti. Lepas aku lahirkan anak sulung, suami dapat better offered, lama lepas tu dinaikkan pangkat. Rezeki aku juga Alhamdulillah, dpt better offer kt GLC yg kukuh. Episod duka kami seakan lenyap selepas lahirnya anak pertama kami. Cuma kat sini aku nak tekankan, dulu aku lah salah seorang golongan yang sentiasa nak hidup macam drama tv3 pukul 7 tu. Tapi lepas berkahwin inilah realitinya, takdenya kau kahwin cuci kaki masuk umah besar ada bibik keta audi 2-3 bijik kerja asyik sembang nak bisnes juta-juta, pergi holiday pergi shopping. Inilah realiti perkahwinan untuk fasa 5 tahun pertama. Cuma fasa kesusahan aku mungkin sekejap tapi bagi aku inilah pengalaman yang takkan aku lupakan. Reality orang tengok hidup kita smooth je tapi hanya kita dan suami saja yang tahu betapa berat bahu memikul dugaan yang kita alami. Untuk para pasangan yang baru berkahwin dan akan berkahwin, dugaan dari segi kewangan tu biasalah dik, semua pasangan melaluinya kecuali mampu dengan tak je kita nak hadapi, just percaya suatu hari Allah akan hadiahkan kegembiraan selepas kesusahan yang kita alami ni. � Fa (Bukan nama sebenar).