GADIS DARI RUSIA LELONG DARA UNTUK TAMPUNG YURAN PENGAJIAN!
Seorang gadis bernama Ariana, berusia 20 tahun dari Rusia mengambil keputusan untuk melelong daranya dalam usaha mengumpul dana bagi melanjutkan pengajian di luar negara.
Gadis yang hanya dikenali sebagai Ariana itu meletakkan harga bidaan bermula �130,500 (RM702,000) di sebuah laman sesawang yang menawarkan khidmat teman sosial.
Menurut Ariana dia tahu memang banyak cara boleh dilakukannya untuk mengumpul wang demi tujuan pembelajarannya itu namun demi mendapatkan wang dengan cara mudah dan cepat, dia terpaksa menggunakan kaedah tersebut.
�Saya perlukan wang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di negara luar. Yuran pengajian universiti pastinya tinggi begitu juga sewa rumah.
�Saya rasa ianya sukar untuk berhijrah ke negara lain tanpa persediaan rapi dari segi kewangan, disebabkan itu saya melakukan bidaan ini,� katanya dipetik Metro UK.
Menurut Ariana ibu bapanya masih tidak mengetahui �pekerjaannya� itu namun dia tiada masalah untuk menjelaskan kepada mereka sekiranya berita itu sampai ke pengetahuan orang tuanya.
Bukan Ariana sahaja yang menjual daranya, sebaliknya perkara itu turut dilakukan kawannya, Lolita dengan permulaan nilai bidaan yang sama.