Gambar Wanita Bersama Bahulu Menyerupai Kemaluan Lelaki Tersebar

Miri: Wanita berusia 47 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri berhubung penyebaran gambarnya bersama bahulu berbentuk kemaluan lelaki semalam.

Wanita berkenaan yang juga ahli perniagaan membuat laporan polis apabila mendapati gambarnya mula tersebar di laman sosial.

Wanita itu yang enggan dikenali berkata, gambar berkenaan diambil sebelum perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini di kedai runcit di Miri dan tidak menyangka ia akan tersebar.

Ibu kepada tiga anak ini berkata, dia kesal apabila dilemparkan kata-kata kesat oleh orang ramai berhubung perkara itu.

"Saya hanya bergambar dengan kuih berkenaan apabila terdengar terdapat kedai menjual kuih berbentuk sedemikian," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

"Kedai yang menjual kuih berkenaan juga sudah menghentikan penjualannya. Saya diberitahu, pembekal kuih berkenaan sudah tidak lagi menghantar kuih berkenaan ke kedai itu selepas perkara ini mula tersebar," katanya.

Gambar bahulu itu mengcetuskan kontroversi berikutan dianggap tidak menghormati sensiviti masyarakat di negara ini.

Pada 14 Februari lalu, gerai menjual roti sosej berbentuk kemaluan lelaki di Melaka turut diperkatakan orang ramai dan kedai itu diarahkan menghentikan penjualan roti berkenaan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel