Jangan Bebankan Bakal Suami Dengan Meminta Wang Hantaran Tinggi

Tahukah anda bahawa wang hantaran perkahwinan itu adalah hak lelaki untuk beri berapa yang dia mampu sebagai hadiah dan bukannya hak perempuan atau keluarga perempuan nak tetapkan (seolah� paksa) berapa jumlahnya supaya lelaki berikan kepada mereka. Dan duit hantaran mahupun barang hantaran tidak wajib.
Lain kedudukan dengan mas kahwin (mahar), ia adalah hak perempuan sepenuhnya dan sebaik-baik mahar ialah seperti yang dianjurkan Nabi. Mas kahwin adalah wajib walau sebentuk cincin besi.

Dan tahukah anda bahawa tanggungjawab membuat walimah sebelah pihak perempuan walau majlis kecil adalah tanggungjawab ayah perempuan (wali).

Namun jika bakal suami bermurah hati untuk menaja atau kongsi, itu adalah lebih baik jika wali tidak mampu. Mudahkan perkahwinan, hayati kebahagiaan, moga diberkati.
JANGAN BEBANKAN LELAKI DENGAN MEMINTA WANG HANTARAN TINGGI

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel