'Terima Kasih Datin Yusnidah, Kini Segalanya Sudah Tercalar, Maruah Keluarga Dipertontonkan' - Faizznur


KUALA LUMPUR - Setelah lama berdiam diri dengan pelbagai dakwaan dari ahli keluarga sendiri yang menuduhnya pecah amanah, Faizznur tampil memberikan penjelasan panjang lebar melalui Facebook, semalam. 

Dalam kenyataan rasmi yang dimuat naik di Facebooknya itu, Faizznur menjelaskan bahawa beliau tidak gemar membuka pemasalahan keluarga untuk menjadi tatapan dan sajian umum. Namun setelah menerima pelbagai tuduhan dan tohmahan yang melampau dilemparkan terhadapnya, beliau terpaksa tampil memberikan penjelasan dan meminta netizen mendengar dari kedua-dua belah pihak sebelum menjatuhkan hukuman terhadapnya. 

Faizznur berkata, kematian abang serta kakak iparnya pada 2 Mei 2015 benar-benar memberikan kesan yang amat mendalam pada mereka sekeluarga. Tambahan beliau merupakan adik yang paling rapat dengan abangnya itu dan semasa hidup, mereka tinggal bersama di rumah ibu mereka.

"Sepanjang arwah abang saya dan arwah kakak ipar masih hidup, mereka dan anak-anak tinggal bersama mak dan saya. Amira dan Aqilah membesar bersama-sama saya kerana kami tinggal di rumah yang sama. 

"Arwah abang saya menjalankan perniagaan yang menguruskan permit dan visa dan saya menolong arwah abang menguruskan perniagaan tersebut. Arwah telah meletakkan kpercayaan kepada saya untuk meneruskan legasi dan saya telah mengembangkan perniagaan tersebut. 

"Selepas pemerigan arwah, Amira dan Aqilah tinggal bersama saya dan mak. Selepas itu kedua-dua keluarga di sebelah pihak ayah dan ibu mereka telah berbincang mengenai penjagaan Amira dan Aqilah. 

"Mak saya meminta keizinan dari Puan Wirda iaitu ibu kepada arwah kakak ipar, untuk menjaga kedua-dua anak kecil ini san mak saya memang ada menyatakan hasratnya untuk mempertanggungjawabkan penjagaan Amira dan Aqilah bersama-sama Alang iaitu abang nombor tiga kerana Alang merupakan seorang bapa yang sangat tegas dalam mendidik anak-anak serta kesemua anak-anaknya cemerlang dalam bidang akademik. Malah ada yang menhafaz 30 juzuk Al-Quran dan isterinya juga adalah dua pupu kepada arwah ibu mereka," katanya dalam kenyataan itu.

Oleh kerana mereka sekeluarga mementingkan hala tuju pendidikan Amira dan Aqilah, semua ahli keluarga bersetuju termasuk kakaknya, Datin Yusnidah bahawa kedua-dua kanak-kanak itu akan dijaga oleh ibu mereka dan keluarga abang mereka, Alang.

Bagaimanapun, seminggu selepas pemergian arwah, Faizznur mendakwa Datin Yusnidah bertegas mahu membawa kedua-dua kanak-kanak itu pulang ke rumah mereka. Tetapi ahli keluarga yang lain bertegas mahu membawa Amira dan Aqilah pulang ke pangkuan nenek mereka untuk dijaga bersama-sama.

"Kakak saya sering menyatakan alasan seperti mahu membawa mereka berjalan-kalan, berjumpa artis dan sebagainya. Tidak lama selepas itu, mak saya jatuh sakit dan kakak saya pada ketika itu bertindak membuat tuntutan di mahkamah tanpa berbincang dengan mak dan adik beradik yang lain bagi menuntut hak penjagaan sementara bagi Amira dan Aqilah. Dan mahkamah memberikan hak penjagaaan sementara kepadanya," kata Faizznur.

Pada waktu itu juga, abang ipar Faizznur, Dato Roslan, telah menghubunginya dan mengarahnya menyerahkan keseluruhan wang derma dari rakyat Malaysia kepada mereka untuk diuruskan memandangkan Amira dan Aqilah dibawah jagaan mereka. 

"Pada hemat saya dan adik beradik yang lain ketika itu, kakak saya hanya mendapat hak penjagaan sementara dan saya hanya akan menyerahkan keseluruhan wang itu selepas mahkamah menetapkan keputusan hak penjagaan kekal yang akan dikeluarkan di mana kes ini masih lagi berjalan di mahkamah. 
"Memandangkan usia kanak-kanak ini masih kecil, perancangan yang betul perlu dilakukan dalam menguruskan urusan perbelanjaan mereka. Kami adik beradik (kecuali kakak) telah bersepakat perbelanjaan diberikan mengikut keperluan semasa mereka. Saya juga menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh kakak saya bahawa hanya RM12,000 sahaja yang diberikan.

"Kakak saya telah meminta wang sebanyak RM12,000 dari wang derma orang ramai untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan menunaikan haji badal (arwah bapa dan arwah ibu Amira dan Aqilah), fidyah dan wakaf selebihnya untuk kegunaan membeli barang keperluan Amira dan Aqilah. Kami adik beradik sepatut memberi kepadanya. Namun tidak terhenti di situ sahaja. 

"Selepas itu, duit belanja Amira dan Aqilah diberikan secara konsisten kepada Amira dan Aqilah. Pemberian duit belanja ini ada direkodkan dan duit belanja yang diserahkan kepada kakak saya ditandatangani oleh kakak saya sendiri sebagai bukti penerimaan dengan saksi yang turut menandatangani dokumen tersebut. 

"Di samping itu juga, Datin Yusnidah dan Dato Roslan ada membuat tuntutan lain di mahkamah termasuk tuntutan insurans peninggalan arwah, penjagaan anak, tuntutan nafkah, tuntutan faraid dan segal akes ini masih lagi berjalan di mahkamah dan tiada sebarang keputusan akhir lagi dibuat dan bertentangan seperti apa yang telah dihebohkan.

"Mengenai tuntutan insurans, setelah perbincangan bersama peguam pemerhati Mr Leo, kami sekeluarga bersetuju (termasuk Datin Yusnidah), tuntutan insurans hanya akan dilakukan selepas perbicaraan kes MyV berakhir. Namun, selepas kakak saya, mendapat hak penjagaan sementara, dia telah bertindak membuat tuntuntan insurans peninggalan arwah Abang saya secara menerus, bercanggah dengan apa yang telah dipersetujui oleh kami sekeluarga sebelum ini iaitu tuntutan insurans hanya akan dibuat selepas segala kes mahkamah selesai.

"Mengenai isu mufti yang dibangkitkan, saya meminta maaf diatas salah faham yang ditimbulkan oleh Datin Yusnidah dan saya menafikan kenyataan tersebut kerana saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan seperti yang telah dihebohkan.

"Cukup lah saya nyatakan bahawa netizen dan rakyat Malaysia perlu faham, memang mudah untuk mana-mana pihak membuat sebarang tuduhan yang tidak berasas dan memutar-belitkan fakta apabila pihak yang dituduh tidak diberikan ruang untuk membela diri secara telus dan rasional. Kerana itulah perkara ini selayaknya diadili oleh mahkamah yang mulia dan bertauliah, yang akan mendengar dan mengadili fakta dan bukti kedua belah pihak, dan saya tidak boleh diadili oleh mahkamah pendapat umum (court of public opinion).

"Tambahan lagi kes ini melibatkan permasalahan keluarga dan hanya keluarga kami sahaja yang tahu segala kisah disebaliknya dan aib pelbagai pihak yang tidak perlu didedahkan.

"Sebagai waris keluarga lelaki yang amat menyayangi Amira dan Aqila saya telah cuba untuk mempertahankan dan menjaga kebajikan mereka dan kami adik beradik yang lain sepakat menyokong Puan Wirda (nenek kepada Amira dan Aqila � sebelah arwah ibu mereka) untuk menjaga Amira dan Aqila dan saya serta keluarga akan akur dengan segala keputusan mahkamah yang mulia demi memelihara masa depan dan kepentingan anak-anak ini.

"Terima kasih Datin Yusnidah di atas keperihatinan anda menyelesaikan masalah keluarga dengan cara sebegini, secara terancang bersama-sama suami anda, Dato Roslan. Along, Alang dan Adik(saya) hanya menjalankan tugas secara tegas.

"Kini, segalanya sudah tercalar. Maruah keluarga diruntun dan dipertontonkan secara terbuka. Bukan ini yang arwah mak (meninggal dunia Ogos 2015) dan arwah Uda inginkan. Bukan ini ajaran arwah Abah. Bukan ini yang kita pinta. Terima kasih," katanya

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel