'Kalau Mak Korang Nurse, Baru Korang Tahu Peritnya Tugas Mereka' - Anak Nurse
Assalamualaikum. Aku anak nurse. Baru-baru ni ada viral pasal kes nurse tidur dalam wad pukul 4 pagi. Meh jap nak sembang-sembang dari perspektif anak nurse terhadap ibunya. Haaa gituuu.
Mak aku ni dah lebih 20 tahun bekerja sebagai nurse hospital kerajaan. Kira sejak aku lahir la dah memang beliau kerja jururawat ni. Well, aku tabik spring gila kat mak aku. Kerja shift pagi, petang, malam pastu balik rumah nak kena jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan mak lagi ha.
So far, mak aku pernah keje kat wad lelaki, wad kanak2, eh banyak la dah sekarang kat wad bersalin. Kau bayang la, kalau kerja pagi start pukul 7. Pukul 5 dah nak kena masak nasi lauk segala bagai untuk lunch, untuk breakfast lagi ha. Nak siap-siap pergi keje lagi. Iye tau, mak korang pun sama.
Kalau keje malam haa kesian weh tengok, balik pagi tu kadang tak sempat tukar uniform dah terlena kat sofa. Berapa kali dah mak aku almost accident sebab terlelap dalam kereta. Allah�mintak jauh la.. Aku paling suka mak aku keje petang. Sebab dia takyah kelam kabut masak awal2 pagi. Pastu kalau sempat , balik sekolah boleh lunch sama2.
Tapi aku respect Ayah aku, dia tak cerewet. Kadang tu mak aku balik keje tak larat nak masak, makan lauk kedai je. Tapi selalunya Ayah yang masak kalau Mak tak larat. Kerja rumah pun Ayah selalu tolong buat. Part laundry semua Ayah. Kemas rumah, masak2 Mak. Aku cerita pasal Ayah aku ni sebab mostly bapak kawan aku jenis nak lauk masak kat rumah je, keje rumah pun tak tolong buat. Btw, aku cerita ni masa aku dengan adik beradik kecik. Bila dah besar sikit kitorang tolong tolong la apa yang patut.
Kau tau tak betapa busynya kerja nurse ni? Lebih kurang je dengan doctor weh. Sepanjang 20 tahun ni ada la beberapa kali je sambut pagi raya sama-sama. Haha. Time kita cuti, dorang tak cuti. Bila kita dah cuti, dorang sibuk keje. Paling tak best, family besar kumpul ramai2, tetiba Mak aku keje, takleh la join.
Kau pernah melawat hospital kerajaan? Ah kau orang kaya, pegi hospital swasta je. Cuba pegi hospital kerajaan, sesakkkkk. Dah kalau sesak dengan pesakit tu ha bertimbun la keje. Eh nurse doctor ni bukan keje bertimbun dengan file je, nak pi rawat orang sakit la, bagi makan ubat la, tanya khabar la apelah.Kau ingat boleh relax2? Dengan nak layan kerenah patient lagi duhhh. Weh, aku dgn adik beradik kalau sakit pun mak tak sempat nak layan tau.
Maybe la kau ingat nurse ni sekadar pembantu doctor. Tak busy mana pun. Well, hello? Doctor yang junior2 tu kau ingat terus pandai buat keje ke? Semua atas pertolongan nurse kot. Kalau nurse yg tidur pukul 4 pagi tu alah apelah sangat. Bukan elok pi lena atas katil berselimut bagai. Kat meja je pun terlena tu, tidur2 ayam je haish. Iye, memang la dia dibayar gaji untuk semua tu, but hey these nurses we are talking about are HUMANS. Be considerate, please?
Tak kisahlah, keje ape sekalipun, nobody is perfect. We make mistakes. Tapi tak perlu kot nak viral keburukan orang yang tak seberapa gitu?