Masak Lemak Pucuk Ubi


Bahan-bahan:

1 ikat daun ubi
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sdm udang kering(rendam kemudian tumbuk/blend halus)
6 biji cili padi
1 kotak santan pekat(200ml)
1 kotak air(disukat dengan kotak santan tadi)
1/2 sdt ajinomoto

Cara-cara:

  1. Tumbuk daun ubi bersama dengan halia dan 1 ulas bawang putih.jangan diperah airnya.gaul bersama 1/2 sdt ajinomoto tadi.biarkan lebih kurang 5 minit.
  2. Kemudian tumbuk 2 ulas bawang putih bersama dengan cili,bawang merah dan udang kering tadi.
  3. Panaskan minyak.tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau.(jangan sampai garing).kemudian masukkan daun ubi dan kacau sebentar.
  4. Apabila daun ubi dah agak lembut,masukkan air dan santan.biar mendidih dan perasakan secukupnya.sedia dihidang.
  5. Jangan masak daun ubi terlalu lama kerana ia menyebabkan rasa pahit dan kelat.cukup sekadar kalernya bertukar layu sedikit.


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel