'Jangan Mengeluh Sebab Tak Kahwin Lagi, Tapi Tanya Diri Dah Ready Ke Belum?'


Kahwin tu bila kau dah ready nak kejut orang sebelah bangun solat malam, bersilat masak dan hidang makanan walaupun tengah malas berganda, pujuk dan suap bila orang tu susah nak makan,. Memaafkan walaupun bukan salah sendiri, menerima kekurangan dengan senyuman, menadah telinga dengar cerita walaupun tengah tak ada mood nak layan, berdiri, berlari silap ari bulan terbang buat macam macam walaupun mengantuk.

Dinding pun nampak macam tilam, saling mengingatkan soal pakaian dan solat seperti dai'e, sabar melayan dan memujuk macam jaga baby umor setahun walaupun tengah penat sebakul, tidur walaupun mata masih segar bugar, tersenyum walaupun tengah moody, dan bersedia menghadapi hari esok untuk rutin yg sama sekali lagi.

Walaupun bukan setiap hari begini, tapi itulah perumpamaan perkahwinan, commitment lelaki mahupun perempuan.. jangan mengeluh sebab tak kahwin lagi, tanya diri dah ready ke nak hadapi semua ini? just prepare.

Jangan kahwin kerana cintakan seseorang, kahwinlah kerana Allah, lalu kau akan mencintai seseorang itu

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel