Rela Ditimpa Runtuhan Bangunan Demi Selamatkan Anak


CHINA - Mayat pasangan suami isteri ditemui di bawah timbunan runtuhan bangunan dalam keadaan melindungi anak perempuan mereka, selepas bangunan kediaman itu runtuh pada jam 4 pagi, semalam.

Menurut laporan media tempatan, seramai 22 orang terkorban dalam runtuhan bangunan itu di Bandar Wenzhou, bahagian timur wilayah Zhejiang, China.



Ketiga-tiga mangsa yang ditemui tertimbus dalam runtuhan di ruang tamu kediaman mereka, dikejarkan ke hospital. Wu Ningxi, 3, yang terselamat dari runtuhan itu hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. Namun, kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia tidak beberapa lama selepas tiba di hospital.

Punca runtuhan masih belum dikenalpasti. 

Kejadian runtuhan bangunan di China kerap berlaku. Ada sumber yang mendakwa, terdapat pihak pemaju yang tidak bertanggungjawab menggunakan bahan binaan yang tidak berkualiti dan cara pembinaan yang tidak menepati syarat pembinaan yang mungkin menjadi punca utama bangunan runtuh

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel