Resepi Bubur Cha Cha


Resepi Bubur Cha Cha, hidangan pencuci mulut zaman berzaman yang sangat sedap dan menyelerakan. Sesuai dihidang untuk minum petang ataupun di hari keramaian. Masakan bubur cha cha ni sangatlah mudah, cuma pastikan anda menggunakan santan yang segar sebagai bahan utama, pasti rasanya sedap.

Resepi ini agak berbeza daripada verisi pencuci mulut nyonya kerana menggunakan cha cha segera yang mudah didapati di kedai-kedai runcit. Che Nom lebih suka bubur yang ringkas, hanya cha cha kering dan sagu. Kalau ala-nyonya pula, bahan segar seperti ubi keledek, ubi keladi dan jeli ubi kayu digunakan. Lain kali Che Nom share resipi ala-nyonya pula. Jom lihat resipi :)

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 5 orang

Bahan-Bahan:

1 cawan cha cha kering (anggaran 140-150 gram)
2 mangkuk santan pekat
3 sudu besar sagu
1 helai daun pandan, carik dan simpul
1 ketul kecil gula melaka
5-6 sudu besar gula
garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Rendam sagu seketika, anggaran masa 10 minit.
Rebus cha cha kering sehingga lembut dan toskan airnya. Kemudian bilas dengan air sejuk untuk menghentikan proses pemanasan.
Masukkan santan, daun pandan dan cha cha yand direbus tadi ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan, dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul.
Apabila mendidih masukkan sagu, gula pasir, gula melaka dan garam secukup rasa. Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
Teruskan kacau sehingga bubur masak sebati. Angkat dan hidangkan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel