Resepi Pulut Mangga Thai Istimewa

Image result for Resepi Pulut Mangga Thai Istimewa

Resipi Pulut Mangga Thai yang dikongsikan kali ini sangatlah istimewa sebab Che Nom sangat terpesona dengan kesedapa pulut mangga Thai masa pergi bercuti ke Phuket tahun lepas. Masa mula-mula makan memang rasa sedap sangat. Bila balik semula ke Malaysia, Che Nom cuba masak Pulut Mangga Thai yang mempunyai rasa yang hampir sama. Kombinasi utamanya ialah pulut yang manis dimakan bersama kuah santan pekat yang agak masin rasanya dipadankan pula dengan manis buah mangga memang, sedap sekali. Di Thailand, pulut mangga dihidang dengan taburan sejenis kacang, tapi kalau tak ada, bijan yang dipanggang tanpa minyak pun boleh.


Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 5 orang
Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk pulut mangga
400 gram beras pulut, rendam semalaman
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2-3 sudu besar gula
sedikit garam
beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
3 biji mangga
Bahan untuk kuah santan:
1 cawan santan pekat
1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
1 helai daun pandan, carik dan simpul
garam secukup rasa (biar kuah agak masin)

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk pulut:
Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.

Cara-cara untuk kuah santan:
Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel