'Hina Sangat Ke Kalau Ada Diploma Sahaja?'
Bila terjumpa cikgu-cikgu atau lecturer di luar, mesti mereka bertanya pada saya,
Kenapa tak sambung belajar? Ruginya. Kawan-kawan awak itu semua dah nak habis untuk segulung ijazah. Sangat rugi Nabil, rugi. Awak masih muda.. bla..bla..
Nak menjawab, takut terkurang ajar atau tersalah bahasa. Jadi, senyum sajalah. Itu belum lagi yang ada SPM, PMR dan ada yang tak sekolah pun boleh saja berjaya. Jutawan lagi.
Hari ini, kalau saya kata harga untuk lukisan mural ini adalah RM17,000, RM20,000, RM30,000 pun, orang bayar saja. Tak ada pun tanya kita belajar tahap apa. Sama ada klien dari dalam atau pun luar negara.
Education memang penting tetapi education bukan dalam kolej/kampus sahaja. Then dunia luar kita anggap pengalaman saja. Macam saja je tu. Di luar pun ada ilmu juga yang kita belajar secara tidak formal dan tak perasan, kadang-kadang. Bezanya kita reti atau tak reti nak survive di luar.
Tipikal segelintir Melayu ini pelik, kadang-kadang. Tak relevan. Banyak artikel, puisi, sajak, ilmuan dah cerita tentang kemunduran bangsa kita ini tetapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Hari ini, kita masih lagi mengambil dan memperbesarkan benda-benda remeh yang tidak menyumbang apa-apa. Yang tua sepatutnya banyak masa untuk duduk dekat masjid, jadi taksub dengan WhatsApp, scroll Facebook mengalahkan orang muda. Culture shock mungkin.
Yang orang muda pula tengah struggle nak berjaya, dia boleh down-kan dan kritik yang tak membina. Ini realiti.
Saya tak kata belajar sampai Ph.D itu salah. Saya juga tak kata belajar sebab nak gaji besar. Saya cuma kata ilmu itu ada di mana-mana sahaja. Cuma jangan pandang rendah sesama orang saja.