Sekitar Pra Perkahwinan Amar, Amyra Rosli Di London
Bakal mendirikan mahligai perkahwinan pada 11 November nanti, nampaknya pasangan manis Amar Baharin dan juga Amyra Rosli ada berkongsikan beberapa keping gambar pra perkahwinan mereka di kota London.
Telah selamat melangsungkan majlis pertunangan pada Julai lalu, Amar dan juga Amyra sebelum ini berada di London bersama krew penggaambaran sebuah drama. Perkongsian gambar pra perkahwinan mereka di Instagram turut mendapat perhatian peminat.
Sebelum ini, pasangan ini juga turut menyatakan bahawa mereka tidak tidur lena selagi majlis perinikahan belum berlangsung. Bagaimanapun, Amyra dan Amar hanya mengimpikan majlis yang sederhana.
Apa pun, semoga segala persiapan majlis pernikahan dan resepi pasangan ini akan berjalan lancar. Kami kongsikan beberapa keping gambar di sebalik tabir, sepanjang sesi penggambaran pra perkahwinan mereka. Enjoice!