Sherlock Musim Ke-4
First Official photo of Season 4. Benedict Cumberbatch and Martin Freeman |
Musim ke-4 siri Sherlock akan mula dipertontonkan pada awal tahun hadapan. Benedict Cumberbatch [Dr Strange] dan Martin Freeman [Hobbit, Civil War] kembali menerajui watak Sherlock Holmes dan John Watson. Setelah dua tahun menanti, pasti siri hebat ini menjadi tumpuan untuk para peminat.
Trailer Sherlock Musim-4
Review Sherlock
- its not a review, more on my rant on the series.
First time aku tengok siri Sherlock adalah di rumah member. Masa tu just tengok sikit scene dari first season episod satu. Terus macam wow! Balik rumah cari untuk download full episod untuk ketiga-tiga musim, tak jumpa so aku hold dulu untuk marathon siri ini. Minggu lepas, kebetulan jumpa siri Sherlock full episod dan semua boleh tengok online. Aku download la semua sebelum semua file kena delete. Kalau nak korang boleh tengok online di watchseries.ac.
Musim ketiga berakhir dengan video kehadiran semula Jim Marioty - yang mati bersama-sama dengan Sherlock dalam musim kedua episod 3 siri tersebut. Kita dah diberi pelbagai versi untuk memperdaya John dalam mempercayai kematian Sherlock - ada 13 pilihan sebenarnya tetapi ada 4 atau 3 teori yang dijelaskan dengan terperinci.
Musim ketiga episod 3 agak mengecewakan sebab villain kurang menjadi tetapi episod 2 musim 3 memang terbaik. Satu majlis perkahwinan penuh havoc dengan Sherlock Holmes speech dan kes-kes yang penuh misteri untuk diselesaikan. Bagi aku, the kes pertama iaitu A study In Pink masih lagi kes terbaik yang pernah diorang pertontonkan. Dan ianya kes pertama bagi duo ini - Sherlock Holmes dan John Watson.
Siri ini sangat-sangat terbaik! Dah macam tonton filem pun ada disebabkan satu episod memakan masa 1 jam 30 minit. Jadi tiga episod itu dah macam 3 filem berlainan kamu tonton. Setiap episod akan pastikan kes tersebut berjaya dijelaskan dengan baik. Disebabkan siri ini diterbitkan setiap dua tahun sekali, so aku pun akan turut bersama-sama tunggu dengan kamu [peminat sherlock] untuk musim seterusnya.