Suami, Isteri Anda Menanti 5 Pujian Ini..
Dulu waktu masih bercinta, lelaki cenderung untuk manis sekali. Mereka murah memberi pujian, romantis, bahkan kadang berlebihan dalam memberi perhatian. Tapi itu semua berubah ketika masuk dalam dunia pernikahan. Lelaki jadi "datar" dan cenderung lebih senyap. Padahal tidak sadarkah mereka, Anda para isteri perlukan lima ucapan ini:,
1. "Wah, (sebutkan bagian tubuh) awak cantik sekali"
Cubalah spesifik ketika memuji isteri. Contoh mudahnya,"Wah, baju itu sesuai dengan kulit putih awak, bagus sekali." Di mata wanita, ucapan macam ini memberi pecutan semangat. Artinya Anda menyetujui sesuatu mengenai pilihannya. Selain itu, pujian seperti ini menandakan betapa Anda memberi perhatian pada dirinya.
2. "Awak ibu yang baik"
Hai kaum Ayah, menjaga dan membesarkan anak itu susah setengah mati. Maka itu sedikit penghargaan atas usaha para ibu untuk melakukannya sangatlah berarti. Memberi pujian macam ini akan melambungkan perasaan isteri Anda dan membuatnya makin sayang pada Anda.
3. "Awak baik sangat untuk saya.."
Isteri adalah satu-satunya yang peduli dengan kerapian baju yang Anda kenakan pagi ini, apa yang Anda makan, dan bagaimana kesihatan Anda. Maka itu tidak ada salahnya menghargai kebaikan yang dia tebarkan pada Anda setiap harinya. Ucapan sederhananya boleh dimulai dengan kata hanya "Terima kasih." Itu sudah cukup bagi wanita bernama isteri.
4."Awak kurus"
Semua wanita akan melayang dengan pujian sederhana macam ini. Kenapa? Kerana tubuh ramping semampai menjadi simbol wanita yang menarik, terutama menarik di mata Anda sebagai suaminya. Selain itu, ucapan ini akan jadi pelecut agar ia boleh hidup sihat dengan mengurangi makanan berlemak dan mulai berolah raga.
5. "Saya suka sangat masakan awak yang tadi"
Lelaki, tahukah Anda bahawa tidak semua wanita suka memasak? Kalaupun suka, belum tentu mereka mau melakukannya. Kerana itulah pujian bernada klise ini diperlukan. Wanita boleh mendengar ucapan ini karena itu artinya segala usahanya bersusah payah di dapur akhirnya membuahkan hasil.