Tempat percutian menarik di Pahang
Kali ini saya nak membawa anda semua pergi melihat tempat menarik di Pahang. Pahang tidak kurang hebatnya kerana banyak sangat tempat yang menarik yang anda boleh lawati dan dijadikan satu destinasi percutian yang sangat-sangat menarik. Daripada pulau, ke tempat percutian di pantai, tanah tinggi yang sejuk juga, anda boleh melakukan sukan ekstrem dengan mendaki gunung, nak tengok lombong bauksit pun tak ada masalah. Semuanya ada di Pahang.
Jadi saya ingin membawakan beberapa destinasi percutian atau tempat menarik di Pahang.
Cameron Highland
Memang terkenal sebagai satu tempat perlancongan dalam dan luar negara. Terdapat banyak tempat yang menarik seperti ladang teh, makana yang sedap-sedap, pasar malam brincang, tanah rata dan yang paling best, suhu di sini sangat sejuk. Seperti berada di luar negara. Memang sesuai untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga tercinta. Ada juga Cameron Highland theme park untuk anda lawati.
Penginapan di Pahang
Kalau anda ke Pahang atau ingin ke tempat-tempat menarik di Pahang, saya cadangkan untuk anda membuat tempahan siap-siap dengan Trivago INI. Trivago.com memaparkan hotel daripada laman yang berbeza-beza dan pastinya memberikan pengguna seperti anda, banyak pilihan hotel dengan harga yang menarik.
Apapun, inginkan penginapan yang murah serta tempat-tempat menarik di Cameron Highland? Kami ada menulis review berkenaan perkara tersebut di hotel murah Cameron Highland.
Genting Highland
Satu taman tema yang popular dan pastinya di sini anda boleh membuat pelbagai aktiviti yang menarik bersama keluarga tercinta. Ianya satu destinasi yang sangat sesuai untuk anda lakukan bersama keluarga, bersama isteri ketika baru berumah tangga dan bersama rakan-rakan untuk berjalan-jalan.
Bukit Tinggi
Juga merupakan satu tempat yang menarik yang anda boleh lawati bersama keluarga. Daya tarikan di sini adalah kerana cuacanya yang sejuk seperti di luar negara. Memang satu tempat percutian untuk anda lakukan bersama keluarga. Antara tempat yang menarik adalah colmar tropicale, japanese village, botanical garden, rabbit farm dan lain-lain lagi. Jika ada peluang, pergi je ke sini untuk bersantai bersama keluarga tercinta.
Destinasi seterusnya, Bukit Fraser.
Antara tempat yang menarik untuk dijadikan satu destinasi perlancongan di Pahang. Mempunyai bangunan ala-ala Eropah memang sesuai lah untuk berbulan madu di Bukit Fraser Pahang ni. Bukan sahaja bangunan yang cantik, malah ada juga ladang straberi, banyak spesis burung untuk anda tengok dan bersantai. Memang best tempat ini untuk dijadikan satu destinasi percutian. Jom lawat.
Ingin ke semua tempat ini, saya cadangkan anda book hotel dengan Trivago.com, terjamin selamat. Kalau boleh elak direct booking dengan pengusaha hotel kerana telah banyak kali terjadi booking yang di book secara direct tidak direkodkan dan tiada dokumen yang menunjukkan saya telah booking, jadi gunakan khidmat laman web seperti Trivago.com untuk memudahkan urusan anda.