'Saya Terkejut Bila Mereka (Budak 12 Tahun) Kata Nak Sewa Kedai'

Di usia 12 tahun di zaman 90'an, tentunya ramai yang masih berfikir soal bermain games, mandi sungai, basikal, tepuk kad Ninja Turtle. Tetapi tidak bagi dua kanak-kanak ini. 

Menurut Intan Nurzalehan, semalam beliau didatangi oleh dua kanak-kanak ini yang mahu menyewa kedai untuk buka Pet Hostel. Usia 12 tahun nak sewa kedai? Ini sungguh luar biasa. Baca perkongsian Intan di bawah.

"Terharu saya. Budak berumur 12 tahun datang tanya nak sewa kedai. Bila saya tanya siapa yang nak, dia kata dia yang nak sewa. Katanya nak buka Pet Hostel. Saya tanya bermacam-macam soalan, semua dia boleh jawab siap dengan paperwork, pet tender dan akan diusahakan bersama tiga lagi rakan kongsinya. Bila tanya tentang persekolahan, dia kata tiada masalah kerana mereka akan uruskan kedai secara bergilir.
"Cerdik betul mereka, kalah saya yang dah nak masuk umur 40 tahun ini. Saya benar-benar teruja, silap-silap saya jadi sleeping partner mereka. Siap dah bisnes jual kucing, tetapi mereka bagi percuma saja melalui laman Mudah. 

"Baru 12 tahun, masing-masing ada handphone tapi tak main game. Semua search tentang Pet Hostel saja. Ditanya tentang duit, mereka kata duit sekolah. Siap beritahu mereka tak guna banyak elektrik dan air. Siap nak jaga secara alam semulajadi. Saya tanya, bila dia nak masuk MRSM nanti, siapa yang nak jaga? 

 Kawan-kawan saya semua boleh diharap. Saya dah training dah. Tapi jangan beritahu parents saya sebab mereka tak suka binatang.

"Yang budak perempuan ini sangat petah bercakap, fasih berbahasa inggeris. Budak-budak seusianya tengah sibuk bermain, tetapi mereka sudah berfikir nak menjana pendapatan. Inilah contoh pemimpin masa depan," katanya. 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel