"Saya tidak pandang kedudukan terima hantaran RM15,000" - Ridzuan Hashim

SHAH ALAM: Anak sulung kepada artis serba boleh, Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan hari ini selamat menamatkan zaman bujangnya. Nur Dhaniyah, 22, sah bergelar isteri kepada Mohd Razishahriman Sabari, 29, seorang pereka grafik, dengan sekali lafaz dan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, aktor, Ridzuan Hashim. 

Nur Dhaniyah menerima RM300 mas kahwin dan RM15,000 hantaran pada majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan N'Dah Mahligai di sini. Majlis pernikahan itu dijalankan di hadapan juru nikah, Ustaz Muhammad Azwan. Didie dan anaknya menitiskan air mata pada majlis yang turut dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat kedua-dua belah pihak. 
Didie ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan gembira kerana detik penting majlis perkahwinan puteri sulungnya berjalan dengan sempurna. NUR Dhaniyah menerima RM300 mas kahwin dan RM15,000 hantaran pada majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan N'Dah Mahligai di sini hari ini. - Foto Syarrizuan Abdul Rashid "Syukur kepada Allah, semuanya selamat dan detik penting ini berjalan dengan sempurna. 

Sebagai ibu saya gembira kini anak saya sudah memasuki fasa baharu hidupnya. "Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya doakan Dhaniyah dan suami kekal sehingga akhir hayat dan melayari hidup berumahtangga dengan bahagia," katanya. Majlis resepsi perkahwinan pasangan pengantin berlangsung hari ini di lokasi yang sama.

AKTOR Ridzuan Hashim atau nama sebenar, Mohd Ridzun Hashim, 54, dan bekas isterinya, Didie Alias, 41, terima menantu sulung dalam majlis di Shah Alam, hari ini.
Anak sulung mereka, Nur Dhaniyah, 22, selamat diijabkabulkan dengan Mohd Razi Shahriman Sabari, 29, tepat 10.30 pagi. Mereka juga dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dengan sekali lafaz.Ridzuan berkata, dia sangat bersyukur anak sulungnya selamat bertemu jodoh dengan lelaki pilihan yang diyakini mampu membimbing anaknya ke akhirat.

"Saya tidak melihat pada kedudukan, harta dan wang ringgit dalam memilih kriteria menantu. Saya menilai pada ilmu agamanya.

"Saya mahu anak perempuan saya bertemu jodoh dengan lelaki yang boleh membimbing mereka di dunia dan akhirat. Itu saja," katanya. Ridzuan berkata, sebagai bapa dia juga tidak menghalang anak-anaknya berkahwin awal dalam usia muda.

Pada acara akad nikah itu, Nur Dhaniyah menerima wang hantaran RM15,000 dan mas kahwin, RM300 berserta tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel