Zarol AF2016 Akui Selalu Berhubung Dengan Zila Melalui Wechat !




Zarol atau nama sebenarnya Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 24, bagaimanapun berkata, perbualan antara mereka hanya berkaitan tentang aplikasi nyanyian Smule semata-mata.

"Saya akui sering berhubung dengan Zila menerusi WeChat, itu pun sebab dia yang cari saya di laman sembang itu. Tapi kami hanya berbincang tentang nyanyian di Smule sahaja tidak lebih daripada itu.

"Biasa sebelum buat rakaman di Smule kami berbincang lagu apa yang akan dinyanyikan dan membahagi rangkap yang perlu dinyanyikan masing-masing," ujarnya kepada mStar Online.

Zarol ditemui selepas dia diumumkan terkeluar pada minggu ke tujuh program realiti berkenaan yang diadakan di Auditorium MBSA, malam Ahad.

Dalam pada itu, Zarol menegaskan dia tidak pernah mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan wanita itu seperti didakwa sebelum ini.

Malah, tambahnya, dia tidak pernah berjumpa dengan isteri pelawak itu dalam tempoh mereka berkenalan di aplikasi nyanyian itu.

"Saya tegaskan saya tiada hubungan dengan Zila Seeron dan saya tidak pernah sekalipun berjumpa dia di luar melainkan di berduet di Smule.

"Saya berduet dengan dia juga atas permintaan pengikut saya di laman sosial yang menganggap suara kami serasi, lagi pula saya sudah bertanya sama ada suaminya (Along Cham) memberi keizinan untuk berduet," ujarnya.

Dalam pada itu, Zarol memberitahu dia sedar tentang isu rumah tangga pasangan selebriti tersebut berantakan sebelum dia memasuki AF2016 pada Ogos lalu.

Katanya, ramai pengikut laman sosial yang memberitahu tentang perkara itu dan menuduh dia sebagai punca keretakan rumah tangga Zila dan bekas suaminya.

"Sebelum masuk AF2016 lagi saya sudah tahu akan jadi masalah ini kerana ramai yang komen di laman sosial saya menuduh saya punca hubungan mereka retak.

"Tapi mungkin ketika itu mereka tidak tahu dan keliru antara saya dengan seorang lagi penyanyi Smule bernama Khairul," ujarnya.

Terdahulu, pada 29 Ogos lalu, Zila dan Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini.

Along sebelum ini medakwa isterinya berlaku curang apabila mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Hasil perkahwinan pada 2010, mereka dikurnaikan seorang anak lelaki iaitu Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.

Manakala pada 29 September lalu, Zila dan pengurus syarikat, Mohd Khairul Azizi masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur kerana berkhalwat.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel