Hotel Butik Untuk Mayat Yang Pertama Di Jepun

Lastel di Yokohama ialah sebuah hotel yang istimewa. Kesemua penghuninya terdiri dari mereka yang sudah meninggal dunia. Di Jepun kadar kematian tahunannya ialah 0.94%.

Ini adalah jauh lebih tinggi dari purata kematian dunia 0.84% setahun. Tahun lalu sahaja terdapat lebih 1.2 juta kematian diseluruh negara matahari terbit ini. Ini adalah peningkatan sebanyak 55 000 kematian dari tahun sebelumnya.

Akibat kadar kematian yang bertambah, rumah mayat dan pembakaran menghadapi masalah menguruskan jenazah. Si mati yang siap diuruskan rumah pengkebumian biasanya terpaksa menunggu sehingga 4 hari sebelum mayatnya dibakar. Melihat situasi ini Encik Hisayoshi Teramura mendapat idea membina Lastel sebagai tempat �penginapan� terakhir simati.Kamu pasti tertanya

�Kenapa tak bina sahaja lebih banyak rumah mayat dan rumah pembakaran? Kan lebih mudah?�

Jawapannya ialah di Jepun tanahnya terhad. Tiada siapa mahu rumah pembakaran atau bilik mayat berhampiran rumah mereka.

Nak letak keranda di rumah sementara menunggu giliran pembakaran pula rumah di Jepun memang terkenal kecil. Encik Hisayoshi Teramura mengenakan bayaran YEN 12 000 (USD 157) semalam kepada waris simati bagi memberi perkhidmatan menyimpan mayat dalam suasana yang dignified. Bilik Lastel sebenarnya hanyalah bilik-bilik sejuk dan ahli keluarga boleh melawat simati bila-bila masa mereka rasakan selesa. Bizarre or just plain genius?



Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel