Penjara Mewah Bertaraf Hotel 5 Bintang Ini Jadi Idaman Setiap Banduan Di Austria
Terletak di Austria, penjara yang bernama The Justice Center, Leoben ini memang layak digelar penjara lima bintang. Dilihat dari reka bentuk bangunan, penjara ini direka dengan gaya minimalis. Tingkap yang besar, penerangan yang cukup dan bentuk bangunan yang simpel, membuatkan penjara ini lebih kelihatan seperti bangunan pejabat.
Begitu juga dengan bahagian dalamnya yang bersih dan sangat terjaga. Cat putih bersih, perhiasan, dan sofa warna-warni menghiasi bahagian dalam penjara. Dan di bahagian dalam sel, kita pasti bakal lebih merasa kagum. Sel bilik tidur dilengkapi dengan katil, meja, dan televisyen. Dan di luar, ada kafeteria, gym, dan lapangan ping-pong.
Sebuah bilik dengan cahaya, udara, keleluasaan bergerak, bilik 4-5 meter untuk satu orang, dan penjara ini juga menyediakan guru profesional, ahli psikologi, doktor, atau jururawat. Pengambilan makan yang di peruntukan 450 gram beras, lauk pauk, per orang untuk tiga kali makan. Bukan itu sahaja, juga ada telur, daging, sayur, dan entah apalagi agar memenuhi standard kalori yang diperlukan tubuh setiap harinya.
Sebenarnya penjara ini adalah khas untuk orang-orang VIP sahaja. Jadi jangan beranganlah jika anda bebas membunuh orang, kemudian boleh hidup nyaman dan diberi makan di tempat semewah ini.
Penjara mewah di sana hanya diperuntukkan bagi tahanan politik, bukan untuk seorang mafia atau koruptor yang menyedut wang rakyat dengan mempermainkan undang-undang.