Doktor Jumpa Lipas Dalam Telinga Pesakit
Kejadian berlaku di Bandar Huaihua, daerah Hecheng di wilayah Hunan di mana seorang wanita bernama Su mengadu sakit telinga kepada doktor apabila dia sendiri dapat merasa ada serangga yang hidup dan sedang mencakar didalam telinganya .
Su dikatakan mencuba untuk membuang serangga tersebut namun gagal apabila serangga itu masuk semakin dalam di dalam telinganya.
Setelah diperiksa, doktor mengesahkan seekor lipas hidup berada di dalam telinganya . Menerusi video ini, jelas kelihatan keadaan Su yang tidak senang duduk apabila doktor ingin membuang lipas dari telinganya. Lipas tersebut berjaya dikeluarkan dan masih lagi hidup.