Akibat Menegur Pemandu Bas Sedang Tertidur Dalam Perjalanan, Lelaki Ini Ditumbuk Sehingga Cedera


Seorang lelaki didakwa telah ditumbuk oleh seorang pemandu bas ekspres selepas pemandu terbabit dikatakan tertidur ketika membawa penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, petang semalam.

Lelaki yang dikenali sebagai Thomas Fann dan juga seorang aktivis sosial itu mendakwa kejadian berkenaan dikatakan telah berlaku berdekatan dengan plaza tol Seremban, selepas beberapa minit dia mengejutkan pemandu berkenaan yang ketika itu didapati tertidur semasa bas berada di satu lampu isyarat berhampiran dengan Jalan Sungai Ujong, Seremban.

Menurut Thomas menerusi laman Facebook miliknya, ketika lampu isyarat bertukar hijau, manakala kenderaan lain dikatakan telah pun bergerak, namun bas yang dinaikinya itu langsung tidak berganjak selama kira-kira 10 minit.

Ekoran kehairanan mengapa bas tersebut tidak bergerak, Thomas terus menuju ke bahagian hadapan bas dan mendapati pemandu bas berkenaan tertidur. Thomas dikatakan turut mengejut pemandu terbabit beberapa kali sebelum pemandu berkenaan terjaga untuk meneruskan perjalanan.


Kemudiannya, Thomas turut memberitahu kepada penumpang lain yang dikatakan amat terkejut dengan keadaan itu serta turut merasa bimbang akan keselamatan mereka selepas pemandu tersebut didapati tertidur.

Tidak beberapa lama selepas itu, Thomas telah menghubungi pihak pengurusan syarikat bas terbabit serta turut memaklumkan tentang kejadian tersebut malah turut membuat permintaan agar digantikan dengan pemandu baru supaya mereka dapat meneruskan perjalanan itu.

Selepas beberapa minit, pemandu bas tersebut dikatakan telah menghentikan bas berdekatan dengan tol Seremban sebelum datang ke tempat duduk Thomas serta turut menarik Thomas dari tempat duduknya.

Pemandu bas terbabit memintanya supaya turun dari bas berkenaan kerana dikatakan telah membuat aduan tentang insiden berkenaan. Namun, Thomas enggan berbuat demikian yang menyebabkan Thomas telah ditumbuk di bahagian muka secara tiba-tiba.

Thomas turut memberitahu, para penumpang lain yang menyaksikan kejadian itu turut menahan pemandu terbabit dari terus memukulnya malah pemandu berkenaan turut menghamburkan kata-kata kesat terhadap Thomas.

Thomas kemudiannya turun dari bas terbabit ketika bas berkenaan berhenti sebentar di Pagoh dan telah menaiki bas yang lain untuk menuju ke destinasinya ke Johor Bahru.

Menurut FMT sewaktu menghubungi Thomas Fann, beliau kini sedang pertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat bas berkenaan dan juga pemandu bas yang dipercayai tertidur ketika memandu itu.


Thomas juga turut membuat laporan polis tentang kejadi tersebut dan turut melaporkan tentang kecederaan yang dialaminya bengkak di mata kiri selepas insiden berkenaan selain turut membuat aduan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Thomas turut berkata, sesebuah syarikat bas itu perlu membuat pemeriksaan terhadap pemandu mereka dengan baik supaya keselamatan para penumpang terjamin. - www.koleksiviral.com

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel