Ibu Sakit Barah, Dua Abang Rogol & Pukul Adik Perempuan Sehingga Berparut


Di Sungai Petani, Kedah, kecoh tentang cerita seorang gadis yang dipercayai telah dirogol dan dipukul oleh dua abang kandungnya sendiri semenjak kematian bapa mereka dua tahun lalu.

Lebih mengejutkan netizen apabila dimaklumkan bahawa salah seorang daripada suspek dikatakan telah menyeret mangsa yang berusia 16 tahu itu di atas jalan raya sehingga meninggalkan parut di badan, lapor Harian Metro.

Menurut Timbalan ketua polis daerah Kuala Muda berkata suspek yang berusia 18 tahun itu didapati telah merogol adiknya sewaktu mereka bersendirian di rumah mereka di sini dan kali terakhir pada 30 Julai lalu.

Saifi Abd Hamid berkata ibu mereka dikatakan mengetahui tentang kejadian itu tetapi tidak berdaya untuk melaporkannya kepada polis ekoran menghidap barah.

Suspek juga dikatakan turut bertindak mengancam akan mencederakan adiknya sekiranya adiknya itu menceritakan tentang kejadian yang berlaku itu tetapi sebaliknya mangsa dikatakan telah membuat aduan polis semalam ekoran tidak sanggup lagi menanggung derita selama ini.

Suspek yang berusia 20 tahun pula telah ditahan kerana sering memukul adiknya dan memaksa mangsa melakukan perbuatan mencuri sejak 2013.

Suspek yang disyaki merogol direman hingga 23 Ogos manakala suspek yang dipercayai memukul pula direman sehingga 20 Ogos ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan., lapor The Malay Mail.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel