Penumpang Disahkan Patah Tulang Hidung Selepas Ditumbuk Pemandu Grab Yang Berang


Seorang remaja perempuan yang dipercayai pelajar yang berusia 16 tahun telah mendakwa dikasari oleh seorang pemandu Grab kerana berang pelajar terbabit memintanya menukar haluan sebelum ditumbuk di muka.

Menurut laporan FMT, kejadian berkenaan dikatakan berlaku pada Sabtu lalu apabila pelajar sekolah menengah persendirian Cina itu dikatakan telah menaiki Grab dari sebuah rumah pangsa di Punchong Jaya untuk menuju ke pusat membeli belah di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.

Mangsa turut melaporkan perkara berkenaan menerusi Facebook dengan menyatakan bahawa beliau telah meminta pemandu terbabit menggunakan Jalan Klang Lama untuk pergi ke destinasinya itu kerana ingin mengelakkan laluan yang mempunyai plaza tol.

Namun, pemandu berkenaan dikatakan mendakwa bahawa dia tidak tahu jalan dan hanya akan menggunakan aplikasi Waze untuk menuju ke sesuatu destinasi.

Walaupun pelajar berkenaan memberitahu padanya dia boleh menunjukkan jalan, lelaki berkenaan didakwa enggan menurutinya dan tidak mahu berbuat demikian yang menyebabkan terjadinya punca pergaduhan diantara mereka.

Pelajar sekolah tersebut kemudiannya meminta pemandu Grab berkenaan memberhentikan kereta, tetapi keadaan menjadi lebih tegang selepas pemandu Grab tersebut menjadi berang kerana gadis berkenaan dikatakan telah menghempas pintu kereta dengan kuat selepas keluar dari kereta.

Gambar hiasan
Ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan gadis berkenaan, pemandu tersebut bertindak mengejar pelajar itu sambil memarahinya serta turut menumbuk pelajar berkenaan di bahagian muka.

Mangsa yang didapati mengalami kecederaan di bahagian mulut dan tulang hidungnya disahkan patah sewaktu mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat, pihaknya telah menahan seorang lelaki dipercayau berusia 30 tahun di Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang semalam selepas mendapat laporan yang dilakukan oleh mangsa.

Suspek kini ditahan reman selama 4 hari sehingga Rabu ini dan kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. - www.koleksiviral.com

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel