Tiket Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2017 RM1700, Ini Memang Sangat Melampau..
Sambutan yang luar biasa pembelian tiket dari orang ramai bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) antara Thailand dan Malaysia dikatakan telah habis dijual sejak semalam.
Menurut sumber, ramai yang pulang dengan hampa selepas tiket yang menjadi rebutan peminat bola sepak itu habis dijual selepas hanya dua jam sahaja kaunter pembelian tiket itu dibuka.
Sambutan yang amat mengejutkan ramai itu dapat dilihat berlaku di Stadiu, Melawati dan juga Stadium Shah Alam sehingga ada segelintir peminat bola dipercaya berkampung di kawasan terbabit sejak jam 10 malam Ahad biarpun kaunter tiket tersebut hanya akan dibuka pada Isnin jam 11 pagi.
Akibat rentetan penjualan tiket perlawanan bola sepak itu kini habis dijual, 'ulat tiket' dikatakan telah mengambil kesempatan itu untuk menipu orang ramai dengan menjual tiket tersebut dengan harga yang sangat mahal.
Harga sebenar tiket perlawanan akhir tersebut dijual dengan harga RM21.20 sahaja, tetapi kini melonjak naik harganya sehingga berjumlah lebih dari RM200, malahan ada beberapa pihak mengatakan ada yang menetapkan harga bidaan bagi tiket tersebut dengan harga permulaan RM200.
Apa yang amat mengejutkan, ada pihak tertentu dikatakan sanggup menjual tiket tersebut dengan harga yang tidak masuk akal yang bernilai RM1,700 melalui penjualan atas talian.
Berikutnya perkongsian dari seorang pengguna laman sosial Twitter yang membuktikan harga tiket perlawanan akhir tersebut bernilai RM1,700 yang disifatkan sangat keterlaluan dan bertujuan menipu orang ramai.
Celaka jual sampai RM1700 ni esok malam abah KJ tolong dukung masa tengok match ke? pic.twitter.com/R5KATpYn8m� Khairil Anuar (@KhairilAnuar) August 28, 2017
Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut dilihat mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu dan menjelaskan bahawa harga tiket tersebut adalah satu penipuan besar semata-mata bagi meraih keuntungan. - www.koleksiviral.com