(VIDEO) Lelaki Berbadan Gempal Mengejutkan Orang Ramai Di Sebuah Pasar Raya, Mengapa? Saksikan..


Satu kes kecurian yang menarik perhatian netizen jadi tular di media sosial selepas rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki berbadan gempal dipercayai mencuri barangan di pasar raya dikatakan sangat bijak mencuri.

Rakaman video berkenaan jadi viral selepas satu akaun Instagram @Padondecolombia memuat naik ke laman sosial tersebut sebelum dikongsikan ramai netizen.

Jika dilihat melalui rakaman tersebut, penampilan lelaki berbadan gemuk itu seperti tidak mempunyai apa-apa masalah dan tidak melakukan sebarang kesalahan. Namun, setelah pengawal keselamatan dapat menangkapnya, barulah kegiatannya itu terbongkar.

Menurut sumber, pengawal keselamatan mengesyaki lelaki terbabit mencuri selepas mereka melihat rakaman menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam pasar raya berkenaan.


Setelah ditangkap, lelaki tersebut disuruh mengeluarkan semua barangan yang telah dicurinya itu, namun amat mengejutkan apabila dia mengeluarkan begitu banyak barang-barang yang telah dicuri.

Lelaki terbabit sempat tersenyum kepada orang ramai yang menyaksikan tindakannya seolah-olah langsung tidak bersalah. Tidak dipastikan di mana dan bila kes ini berlaku. - www.koleksiviral.com

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel